• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Raye Korban..!

    Nov 17, 2010


    macam yang dijnji,.aku pun kene la menunaikan janji untuk mengupdate blog semperna hari raye ni,.
    Pagi2 lagi abah dah call aku hehe,risau anaknye sedih,..tp sedih la jgk cz tak jumpa fmly,.tapi buat muke cool je la kan..hehe mlm tadi masak rendang,..so pagi tadi aku n kengkawan pun membelasah apa yg tlh kiteorg masak..


    nmpak sedap tak..?(rendang ayam,nasi impit,lontong n sambal)
    mmg r sedap dah aku sendiri yg masak hehe..tapi kalo mak ada mesti mak dah komen dah,..itu tak kene,ini tak kene,.tapi bagi aku ni dah kire sedap..hehe

    so slmt hari raye buat korang,.semoga raye korban ni kita dapat sedikit iktibar atas apa yang telah kita lakukan diatas muka bumi allah ni..


    ape hal gmbar ni terbalik,..?

    Hari Raye n Hujan..

    Nov 7, 2010

    Tak lama lagi hara haji atau aidiladha..Sampai sekarang aku masih belum menunjukkan tanda-tanda nak balik kampung..Betul ke tak balik..? ye dengan yakinnye aku nak bagi tahu kat semua orang,ni la kali pertama dalam hidup aku, aku tak balik raye..hehe
    Mungkin bagi orang lain ni perkara biasa tapi bagi aku ni pertama kali dan julung-julung kalinye..
    Semalam abah call..

    Abah: Balik raya tak...?
    aku : .......
    (taktau nak jawab ape..)
    Abah: tak payah balik la..
    aku :....ok..
    (akur je..)
    abah :banjir-banjir ni bahaya,...jalan licin,tambah pulak jauh-jauh tu..
    aku : ok la..ayu balik..? (sepupu aku)
    (tak adil kalo dia balik..)
    abah : tak,.kawannye kenduri..ader ajak tak..?
    aku: ada,..
    (ikut skema jawapan pmr)
    Abah : abah bukan tak bagi balik,tapi tengok la keadaan lagipun seminggu lepas tu nak balik cuti semester pulakkan..?
    (ish..macam serba salah pulak abah aku ni)
    aku: ye..tak balik pun takpe..
    (buat-buat sedih..)

    Wei aku memang sedih tak balik raya ni,.ni bukan buat-buat la...tapi memandangkan tahap ekonomi merosot coz hjg-hjg sem ni,tambah lak keadaan cuace yang suam-suam kuku je..
    takpe la ikut la cakap makabah..
    kesimpulannye aku tak balik raye buat kali pertama..

    p/s: sila nantikan entry hari raya aidiladha aku dirantauan (eksklusip)

    by: Ank

    MilikNYA

    Innalillahiwainnailaihirojiun..

    Perkabaran yang baru aku terima tadi cukup pahit unuk ditelan. 4 Ahli keluarga sahabatku maut dalam kemalangan jalan raya. Seingat aku baru awal tahun ni ayah serta datuknya pulang kepada pencipta..dan sekarang..
    Cubaan ini amat besar untuknya, teringat aku mase kejadian lalu..
    -
    -
    -
    -
    -
    jam 11.30 malam (kedai mkn d'shah)
    meeting mengejut diadakan untuk menziarah sahabat yang kehilangan ayah serta ingin menghulurkan takziah..itu yg mmpu dilakukan sebagai seorang sahabat.
    Mencari sebuah van dan itu kerja yang ditugaskan pada aku. Keesokannya jam 7.30pagi semua orang dah berkumpul,.sayu ku lihat semuanya.
    Pintu kedai sewa van aku gegar sejak 7.45 pagi bersama driver yang "profesional".. Namun hanya dapat disewa jam 8.00 pagi..Berbekalkan 3buah kereta dan sebuah Van, rakan-rakan satu kelas dikumpulkan dan sama-sama bertolak coz kurang menghafal peta terangganu..Setibanya di rumah arwah, suasana hiba..ramai yang datang menghulurkan simpati dan ramai juga yang pasti mendoakan arwah.
    -
    -
    -
    -
    6.15 petang (cafe baru)
    Sarah call dan mintak turun. Sebelum dari tu aku sendiri dah tahu dari k'su..Siap macam lipas kudung aku dan su turun...Ramai yang dah berkumpul, Ustz.Supian, Sarah, Nik, Ekin, Sai, n 2 3 orang lagi,..Then Sarah menjelaskan apa yang berlaku dan meeting berjalan dengan pantasnya. Pelbagai idea kuar time ni,.kagum aku dengan keprihatinan mereka..Kredit untuk Pian coz berjaya mendapatkan sebuah bas dari pihak universiti untuk menziarah pada keesokkannya,.maka ramailah yang dapat turut serta, (ni bkn rombongan cik kiah k,..) aku sempat mintak izin mak,.dan mak begitu mudah memberi keizinan kerana berita kemalangan 3beradik dan sorang anak saudara tu baru masuk berita..Dalam hujan tersipu-sipu paginya,..semua berkumpul dan sempat jugak la pakcik driver tu g ambik rakan-rakan lain dekat rumah sewa ekoran hujan yang tersipu-sipu tadi..Setibanya disana,.kumpulan wartawan menanti berita semasa dan mencari-cari seseorang untuk ditemuramah. Melangkah kedalam rumah,melihat 3 jenazah siap dikapankan dan seorang masih dimandikan..Sama seperti dulu makcik tu tetap cool, nampak tenang..tapi didalam hatinya,tak terperi kehilangan 3 orang anak dalam satu masa. Kagum aku melihat kesabarannya..masih seperti dulu..
    -
    -
    -
    -
    -
    kami semua meminta diri,setelah jenazah dibawa ke tanah pengkebumian,.
    kehilangan 6 ahli keluarga tersayang dalam masa setahun,..
    kami sahabat-sahabat ha senantiasa mendoakan ha dan keluarga di kuatkan semangat,.tabah dalam menghadapi ujian Allah swt..
    Semoga roh-roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..
    ---alfatihah---

    p/s: lihat pada kesabaran mereka dan lihat pada ksh syg sahabat-sahabat kita..
    "aku kagum dengan kalian"

    New entry

    Oct 28, 2010
    Dah lame aku tak tulis ape-ape dekat blog.
    Sory pada diri sendiri cz tak pandai uruskan masa dengan baik..bz sgt dengan hiruk pikuk dunia..or mybe jugak cz jrg lepak kat bilik..n bla bla bla

    sekali bukak blog punye la byk entry baru dari kwn2 blog yang lain,.aku pun baca la sume sampai sakit kepala..kisah teta yang aku ikut sejak dulu,n byk kisah lain..
    skrg ni bz nk final..ader lg 4 paper yang blm hbs,raye haji ni pun mungkin tak balik..
    sedih jugak,juz kuatkan ati je la...sory mak abah..nnt cuti sem orang balik k.
    kerja tak pernah hbs,.tapi kita ni kene urus masa..yeye...salah aku..n bla bla bla.

    perut meragam je dua tiga ari ni,.tak tau nape..mkn slh tak mkn pun slh..
    asyik tak sedap je,.n bla bla bla..

    so ape yang seterusnya..

    Filemmu Novelku

    Jun 24, 2010
    Sekarang ni banyak noyel yang diadaptasikan menjadi sebuah filem atau drama..sekarang ni yang sedang sibuk ditayangkan di tv ialah DARI MATA ARISHA kalo tak salah aku la..atau name novel sebenarnya kau sayangku,.karya BIKASH NUR IDRIS, tu name penanye je,.kalau di pawagam pulak sekarang ni tengah hangat tentang LAGENDA BUDAK SETAN karya AHADIAT AKASHAH judul novel asal dikekalkan untuk memudahkan peminat Akashah mengenalpasti karya beliau,.

    Sempat menjadi muflis dan dihimpit dengan tuntutan nafkah oleh bekas isterinya anak saudara MARWILIS HJ YUSUF ini berjaya mengeluarkan sebuah filem. Sejak awal novel Lagenda Budak Setan ini dikeluarkan secara berperingkat sehinggalah ia lengkap menjadi sebuah epilog cinta agong remaja. Berkecimpung secara tidak sengaja didalam dunia penulisan membuahkan hasil yang dapat dibanggakan oleh penulis muda ini,.(masih muda ker..)

    Mengambil kesempatan semperna cuti ni, aku sempat la meluangkan masa untuk melihat karya beliu yang sedang ditayangkan ini. Pendapat aku sendiri,mungkin aku lebih gemarkan novelnya berbanding filem. Banyak olahan cerita dibuat,kadangkala aku terkilan apabila beberapa adegan yang aku tunggu2 tiada didalam filem tersebut. Kehilangan watak Sapi, yang pada aku peranannye besar untuk menghidupkan watak kashah tapi hanya sedikit diambil dari cerita asal. Selain geng Kashah ade sebuah lagi geng nakal tak ingat aku namanye tapi mungkin black rose,juga hilang.

    Biar apapun kekurangannya,.aku masih kagumi karya penulisan manusia ini yang asli...




    p/s: ini bukan kritikan,tapi sokongan dari qhazi untuk novel l.b.s

    emm...dah mula dan bakal berakhir..

    Jun 2, 2010
    jarang sekali qhazi menulis hal serius..tapi kali ni,.macam terpaksa..tak tahan melihat berita yang sibuk mencanang kezaliman israel..hinggakan bantuan yang tak seberapa tu pun ditahannya,.mereka mula menunjukkan kuasa pada negara lain,.dan kita...
    menaip disana sini, bercakap sampai kering air liur menceritakan perihal mrk.. makin gah mereka bila name bangsa dan negara mereka disebut-sebut..kuasa besar dunia sekarang mereka yang pegang,...

    bila seorang demi seorang ulama mula diambil,.bila kes keruntuhan akhlak mula mengambil tempat dari muka depan sampai ruangan sukan akhbar tempatan,.bila yang haram mula cuba dihalalkan,.bila yang lelaki ramai yang nk jadi perempuan dan sebalikkan,. bila cuaca kian terik,.bila kita saling membunuh sesama sendiri,.bila ramai yang kejar dunia dari akhirat,..bila mula banyak bencana sana sini,..tak perasan lagi,,..?
    untuk apa semua tu ditunjukkan..?

    dari bercakap tak henti-henti,.membaca akhbar sampai lunyai,.kering mulut dengan makian terhadap negara "itu" lebih baik kita doa...mintak allah tolong,.
    sebab now hanya pada allah kita meminta...



    p/s : senjata org islam cuma doa...

    mee bandung

    May 21, 2010
    Sebulan dah berlalu,..segalanya hampir sempurna walau ada program yang tergendala..
    aktiviti ku sebagai surirumahtangga sepenuh masa terlaksana dgn jayanya..hehe sehinggalah satu hari,.hari ahad,tak ingat qhazi berapa hari bulan..lebih kurang jam 12tengahari..hujung minggu biase la,..duk santai2 depan tv tanpa sibuk memikirkan menu macam hari-hari yang lain,.masak lambat sikit takpe la kan..hujung minggu,.
    Adik qhazi (dirahsiakan identitinya) pun masuk dapur,.bunyi macam nak perang..qhazi biarkan aje la..qhazi lak bz melatih jari jemari ni di latop hehe..atau istilah lainnya main game.
    10 minit kemudian dia kuar dari dapur n tnye..

    "kalo nk masak mee bandung nk pekatkan nk bubuh aper..?"

    soalan cepu emas yang hampir2 kantoi..dah lame qhazi tak masak mee bandung.. dgn meng"cover"nya qhazi jawab

    "kalo nk sedap buh keledek, manis sikit. tapi kalo takde buh la tepung"..

    dia pun masuk balik dapur..n kembali berperang..


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~10 minit kemudian~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


    qhazi masuk dapur,nk meneruskan rutin sebagai suri rumahtgga..masak la tanpa mghiraukan bdk tu..tak lama lepas tu dia makan,..n kuar rumah.
    dah waktu makan,.qhazi dengan mak pun makan,.(abah takde dlm cite ni cz abah tak mkn tghari,harap maklum..)
    lps mkn nasi, qhazi pun rase la mee bandung tadi..
    hampir nk angkat tabik springgggg...!!!blh tahan budak ni masak..
    ish...nape sedap lak ni..lelaki sekarang ni mmg terer,..qhazi puji dlm ati je la cz orgnye dah kuar melepak..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~lps mgrib~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    qhazi rase macam nk kemas peti ais lak mlm ni,dah lame tak kemas..
    buang barang2 yang tak guna, n susun barang n sayur yang tunggang langgang,.
    sume tempat dilap dan disusun semula..tetiba terpandang satu bungkusan yang pelik..
    hah....bungkusan perencah mee bandung muar,...ohh...tidak...selambe budak ni..
    nasib baik qhazi tak buat tabik spring tadi..tertipu daku..n qhazi pun cakap la dkt adk qhazi tu..ceh...guna perencah rupenya,..maka senyum sumbang la dia..









    by:makcikkantin

    Episod Hidup

    May 5, 2010
    Episod 1

    "Dia tuhan..?"
    "Dia bukan tuhan,...tapi ko dulu bertudung kenapa gatal bukak pulak."

    ish napa lak qhazi curi dengar perbualan antara anak beranak tu..bukan curi dengar tapi terdengar sebab suara si anak separuh menjerit meluahkan ketidakpuasannya terhadap seseorang yang memarahinya tidak bertudung lalu mengadu pada si ibu..tp silap sikit mak dia tak sokong langsung k..
    mmg tak layak bagi manusia menentukan syurga neraka seseorang tapi teguran harus tetap perlu disampaikan..kerana si dia tadi dijadikan sebagai saudaramu,.yang kewajibannya menyampaikan agama tuan empunya dunia..
    Qhazi tak nafikan si anak mempunyai rambut yang cntik,.juga paras yang sempurna,.namun dia lupa itu bukan miliknya..


    Episod 2

    "Opah duk sini,nanti nombor 53 opah masuk pintu ni"
    "......"

    Qhazi masih memerhati gelagat si cucu,.dia mendapatkan suami lalu mengajaknya untuk naik ke wad bagi melawat seorang kawan katanya. Oppss...si suami enggan,.dan berkeras mahu menemani si opah yang bakal mendapat rawatan tak lama sejurus tu..
    si isteri akur,.taat,.



    Episod 3

    "...sweeeiit" bunyi siul ala-ala tikus
    "meh la duduk atas dik,ada meja ni.."
    "....."

    Qhazi dipanggil oleh seorang lelaki,tukang jaga menara condong tu barangkali..qhazi akur je la sebab mungkin dia berniat baik dan dia tak mungkin berani buat apa-apa dikawasan tumpuan orang tu,.so buat taktau n teruskan online...hehe
    tapi pakcik ni panggil qhazi tadi dengan bunyi......hurmm..?


    Episod 4

    "oi" "oi"

    "..........."
    "ooooo...lu sombong aaa"
    "hahaha..."
    "habis lu pangil oi..oi"
    "ha..ha.."

    Qhazi meneliti gelagat dua pemandu teksi yang bergurau..kedua-duanya berlainan bangsa, seorang cina dan seorang lagi india..tersenyum qhazi bila dua bangsa yang berlainan tapi cuba menegakkan bahasa bangsa yang lain "MELAYU"




    by:neon

    my entry

    Apr 4, 2010
    owner tak sihat..

    Muntah Hijau Bilazim

    Mar 30, 2010

    Salam Imtihan
    Didalam kekalutan student Umt exam,.terdapat seorang budak sengal "aku" yang amat kecewa dengan paper pertamanya..benda dah lepas,tapi payah nk cover hati ni supaya jgn risau...cz aku target tinggi sem ni,.walaupun usaha tak seberapa hehe..
    fenin kepada,bila terfikir paper yang aku jawab semalam,.so sepanjang hari semalam aku habiskan dengan melayan jiwa aku yang kekaratan..hehe ari ni aku tak boleh layan blues lagi sebab ni bukan cite bersama selamanya dalam ujang..

    ~arini aku tekat,nak pulun sampai termuntah hijau nota bilazim ni,.berbekalkan buku yang sebesar alam dan nota yang hampir hancur,.akanku pikul ke libry arini,.
    aku akan buktikan yang 1 april bukan fool untuk aku,.tapi hari yang best giler pada aku nnt,.kite tgk beb..

    ~sementara ni aku masih perlukan kasih sayang allah..lapangkan hatiku,.tenangkan jiwaku,tajamkan akal fikiran ku,.dan aku senantiasa memohon agar dosa2 ku tidak menjadi penghalang untuk allah kurniakan aku dengan hidayah dan ilmunya...eh,.tapi harap-harap korang pun tolong r doa,.ader kawan tak guna kalo tak tlg doa untuk aku nge~

    ~aku sayang korang,.n hope kita same-same berjaya k..dunia n akhirat.


    p/s: "aku" digunakan cz ni sume monolong dalam hati..hehe

    nIKmaT diTaRiK.

    Mar 20, 2010
    KenIkmatan SihAT ku DitaRik Oleh Allah SEbab QhAzi NAKAL heHe..so JaNgaN nAkAL-NAkAL K..
    iNgaT DiA sLAlU..dOa,.JaGE dIrI,bAnYAkkN iBADt,.SEnyUm..N tLG bAhAgiAKaN sUmE OrAng Baru AllaH bAhAgIaKn KitA,.JaGE HubunGAn DeNgAn AllAh,.NntI aLLAh aKAn Jage HubunGn KiTa DenGAn OrAng LaIN,..

    i Luv U allaH..
    i lUv U MUM,..
    i Luv U dad,..
    I LUV u Bro..kuase 2 hehe
    I luv U lil Bro
    i lUv U Fren..
    I Luv U sO mUCH...SApe? U la,.yang Tengah baca tu..YE u..oNlY u..

    p/s Perang PSIKOLOGI DeNgAn DiRi SenDiRI n OtAk,.HoPe KiTE MeNAng..!! DoAkAn QhAZi SemBuh K..dOa KaMu SenJaTA UnTUK qHazI mEnAng PeRaNG,,..TAKbIR..!!! (aLLAh hUAKHBaR..!!)

    Gelap mata..




    Bila dah lame tak post entry,.sekali pos sampai 2,3,4 huhu...rindu beb..
    alkisahnya entry gelap mata ni,.tentu la hal duit..bila tengok duit yang bertimbun mesti kita terliur kan..? walaupun hanya tengok gambar duit..tapi perlu ke kita membiarkan diri tertipu dan sangup ke kita membiarkan orang yang menipu kita tu kaya raya..? Pelaburan palsu or busines internt palsu..meh kita tengok macam mana diorang buat..diorang akan bukak blog tau web page yang free..(takde modal pun) katakan diorang bukak 10 web free yang membuat iklan pelaburan palsu,.diorang pun tulis la..name busnez diorg contohnya..pelaburan berganda..
    n dengan menaip ayat-ayat biasa macam..


    anda runsing dengan tahap ekonomi anda?
    inginkan wang dengan kadar segera..?
    tak cukup duit nk sara keluarga..?
    inginkan pendapatan 4angka seminggu..?
    anda tiada modal besar untuk berniaga?

    kami sedia membantu anda..dengan hanya modal RM100 untuk permulaan,anda akan menerima pendapatan 4angka terus ke akaun anda..tidak percaya..? ini dia testimoni pelangan kami:

    En.Saat (Gombak) : Saya mengalami masalah ekonomi dalam membesarka anak-anak,.semuanya perlukan duit..anak nak sekolah,tuisyen,keperluan rumah dan lain-lain. Gaji sebagai Pegawai keselamatan tak seberapa dan tak cukup untuk saya tampung kos sara keluarga,.NAMUN setelah saya menceburi pelaburan ini saya memperolehi pendapatan 4angka dalam masa seminggu..tanpa berbuat apa-apa. saya cuba menyediakan modal RM100 dan pihak pengurusan telah melaburkan wang tersebut dan saya dapat keuntungannya.

    Untuk memantapkan testimoni ni diorang pun letak la gambar tah sape2,.ambik je dr internet,.kan byk.

    Diorang pun letak no akaun,untuk korang letak duit or nk selamat lagi guna je money oder or ape2 cara tranfr duit yang korang tak blh kesan owner.. nk cantik lagi buh gambar duti ribu-ribu bagi kita gelap mata..






    n now jom kita kira keuntungan mereka.



    satu hari diorang bukak 10 web free (hanya perlukan email palsu untuk buat web or blog free ni) hanya sejam je untuk bukak n buat. Sekiranya 30 orang yang bukak 1 web ni,.dan 10 orang yang gelap mata telah melabur RM100 (tak banyak) jadi diorang dapat RM1000 untuk satu web. korang darab dengan 10 web or blog, diorang dapat RM10000 untuk satu hari..atas kepandaian diorang,diorang pun tulis kat web tu :


    "keuntungan pertama akan terus ke bank anda pada 7 hari kemuadian"

    jadi dalam masa tujuh hari tu,.akan lebih ramai orang bukak n gelap mata..satu ari 10 orang jadi now darab pulak RM10000 dengan 7Hari..jumlahnya RM70000 selama seminggu..dah Hari ke 8 diorang pun delete la blog tu..or biarkan blog or web tu terus menerus menipu...
    takkan sebab RM100 ada yang sangup nk report kat balai kan..? mesti malas,..n kita pun biarkan macam tu je...n diorang makin kaya...kita yang kayap,.duit yang blh beli susu anak tu dah ilang mcm tu je,walau tak byk tapi itulah rezeki yang halal hasil dari usaha kita bekerja dengan tulang 4 kerat ni..



    p/s:jgn mudah tertipu k,qhazi tak niat nk mgajar lak,.tp harap2 jgn kita terjebak..allah dah kate DIA takkan mgubah nasib sesuatu kaum melainkan kita berusaha,.so usaha beb,.insyaallah DIA tolong,.DIA sayang kita..

    Haruskah aku..?


    Kehadapan sahabat-sahabat yang dah lame daku biarkan tanpa berita..
    Qhazi muncul dengan satu persoalan kini...Haruskah qhazi ber'facebooking' jugak mcm orang lain.Qhazi tak berapa nak sebenarnya,.tah la,.rase macam tak perlu je..Tapi ramai lak yang mendesak qhazi untuk turut ber'facebooking' same macam diaorang..so apa pendapat kalian..? selain pendapat, kalian juga turut boleh menyumbangkan pendapatan pada qhazi haha..
    Segala pendapat kalian tentang facebook ni akan diambil kira semasa qhazi buat keputusan nnt k..so same2 la korang pakat ramai2 n undi sama ada perlu atau tidak qhazi ber'facebooking' bersama kalian..

    Setiap komen tu mesti buh nama tau,.tak kira lah korang takde akaun google sekali pun, nama mesti disertakan..agar qhazi tahu sape yang mengundi hehe
    Undilah kerana ia tanggungjawab bersama..hehe


    Mar 4, 2010
    no entry..

    AkU dAn HiDaYAh

    Feb 8, 2010

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ(٦


    “Tunjukkanlah kami jalan yang lurus(hidayah).” (Surah al-Fatihah :6)



    Dalam perjalanan menuju kehidupan hakiki ni,.Allah senantiasa menyayangi kita,senantiasa menyediakan kita dengan rahmat dan kasih sayangnya,.Hidayah turut allah sediakan buat yang menagihnya..diriku kerap diberi teguran halus dr Allah,.dan tiap teguran akan disulam dengan hidayahNYA. Paling istimwanya apabila sahabat baik ku sendiri bernama Hidayah (dan hidayah jua akan bertemu hidayah allah)..hehe..Hidayah Allah tu akan datang pada yang meminta dengan izinnya jua ia boleh pergi sekelip mata.. Hidayah perlu dipelihara agar kekal bersama kita..bawak dan kenang ia walau kemana kita pergi agar kita senantiasa memeliharanya..
    Jgn sesekali kita mengabaikan hidayah Allah krn hati ini bimbang jika Hidayah itu datang hanya sekali dlm perjalanan kita.
    Tatkala menerima Hidayah Allah,.bersyukur la dikau wahai teman,.krn tatkala itu juga kau dapat rasakan kasih sayang ALLAH,.kasih sayang yang jelas dimatamu,.kasih sayang yang benar-benar dapat kau rasai dengan hatimu..pejamkan matamu dan rasailah ia...nescaya kalian akan rasa kenikmatan yang tidak terkata dari Hidayah Nya..Terlalu indah untuk diungkap dengan kata-kata.
    Mohonlah pada allah agar dikurnakan hidayah untk kembali ke Jalannya dan mohon jua agar dikekalkan hidayah dihati kita..Percayalah teman, Allah senantiasa ada dan senantiasa mendengar doa kita...

    Sesungguhnya Al-Quran ini memberi hidayah ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (Surah al-Isra’:9)






    ros ni buat kekawan yang telah peroleh hidayah,Alhamdulilah,.daku kagum dengan kalian.dan daku sayang kalian.







    by:kwn Hidayah

    mUhAsABaH cINtA Vs PeSOnA cInTA

    Feb 6, 2010


    ada apa dengan cinta..? mmg agak boring bila asyik bercakap soal yang tak pasti ni. tapi hakikatnya qhazi bukan nk cakap soal cinta,tapi soal program dkt U qhazi ni. Program Muhasabah Cinta dianjurkan oleh Unit Kerohanian mlm tadi. Qhazi pegi jgk walaupun bdn letih sgt dek krn prgram AGM pada petang semalam. Digagahkan jua kaki untuk join majlis ilmu,.beberapa isi yang qhazi kutip dr pengisian ceramah tersebut seperti pada sapa cinta kita tujukan sepatutnya,..tentunya pada Allah,Rasul,dan Ibubapa dahulu sebelum yang lain-lain..dan bagaimana kita tunjukkan rasa cinta kita pada Allah dan Nabi Muhammad saw..? tentu dengan amal makruf nahi mungkar,.dan senantiasa cuba mengamalkan sunah-sunah Nabi junjungan. Antara lain yang dipesan oleh ustaz Riswadi ialah jgn berani melambat dan meninggalkan solat...masyaallah terasa qhazi tatkala itu,.Bagaimana pulak kita tunjukkan rasa cinta pada ibubapa..?
    cukup dengan hanya kol sebulan sekali? seminggu sekali? dua hari sekali? sehari sekali? percaya la, tak pernah cukup hanya dengan itu,maka taati lah mereka seadaanya..dan cinta kepada manusia berlainan jantina perlu dibatasi..jgn melebihi dan melampaui hukum..!!!.kalo nk pengang tu cuba bayangkan yang kat sebelah tu ..tut.... (tak elok sebut binatang ni hehe) Ustz yang ckp tau bkn qhazi..hehe


    Ada apa dengan cinta..? Terbaca qhazi satu iklan menjemput student untuk progrm pesona cinta,.penganjurnya biarlah qhazi rahsiakn..yang menarik bg qhazi dekat iklan tu tertulis
    ~cinta datang tanpa diduga
    ~hilang amat dirasai
    ~impian setiap insan mencapai kebahagiaan hakiki.

    sape g program ni boleh dapat kebahagiaan hakiki,.btl..? pengisian program ni peserta boleh menunjukkan bakat masing-masing,seperti menyanyi,berpuisi atau apa-apa je yang berkaitan dengan seni.Tergelak bila qhazi terbaca iklan tu,. nak dijadikan cerita lepas isyak qhazi dengan kawan2 kuar memenuhi tuntutan perut yang mintak diisi,.lps je mkn kitorang nk jumpa seorang sahabat yang berada di progrm berkenaan (dia pegi atas tugas bkn niat untuk join prgrm tersebut) maka turun dr kete qhazi melilau melihat keadaan program yang seakan-akan pasar malam,.ada jualan,ada persembahan "seni",ada yang berduaan..opss silap bertigaan cz satu lg encik.syai (paham?)..walau tak masuk sampai ke dalam qhazi dah jangka begini keadaannya..pihak u,.apa ni sume? seni itu memeng indah tapi kalo mcm ni gayanya ape yang indah..? boleh ke dpt cinta hakiki dengan join prgrm ni? taniah kalo ada antara kalian yang dapat cinta hakiki diprgrm tersebut..huh..!!




    p/s: qhazi g teman kwn jumpa kwn dkt prgm tersebut pakai bju n tdung labuh hehe...sume org tengok.




    by: lampu neon santai seni

    Learning Process.

    Jan 29, 2010


    (Alamak tajuk omputeh beb)
    keindahan hidup yang allah beri ni mmg payah untuk ditinggalkan,.tapi jgn sampai kita terlupa akan keindahan hidup hakiki yang abadi.Sepanjang kita meniti kehidupan ni kita akan senantisa belajar.haha ni la yang dinamakan "learning process".
    (mukadimah)



    Cuba korang perhatikan dalam hidup korang dan dalam hidup qhazi jugak,dari sape kita belajar tentang sesuatu,.secara rasminye ye,.! mmg makabah,guru,cikgu,teacher,ustaz n ustazah..tapi secara tak rasminye dgn sape? (arini ari jadi qhazi biar qhazi tnye qhazi jawab hehe)dengan kehidupan itu sendiri,.kehidudpan yang banyak mendewasakan kita kan? dan didalam kehidupan itulah kita berjumpa yanag ramai orang yang senantiasa mengajar kita tentang sesuatu. Tak kira lah dia tu sape,.kawan,musuh atau orang yang tidak dikenali proses pembelajaran senantiasa berlaku. Jadi itulah yang berlaku akhir-akhir ini. Qhazi belajar banyak tentang perkara yang selama ini qhazi tak endahkan, dari sorang manusia. Manusia yang qhazi kenal tapi tak berkesempatan mengenalinya secara dekat namun bila diberi kesempatan dan peluang yang luas oleh Allah swt, terkagum qhazi bila personalitinya membuatkan qhazi belajar sesuatu mengenai dunia. Hatta usianya jauh lebih muda dari qhazi namun ada sesuatu yang membuatkan qhazi kagum dengannya.

    Ni la yang dikatakan kita senantiasa berada didalam "learning process" tak kira sape n dimana,.qhazi nk kongsi la ape yang qhazi belajar dari dia,.pertamanya hehe bercakaplah secara lurus agar anda tidak berada didalam keadaan yang memeningkan, contohnya kekadang kita cuba berselindung atau berkata perkara yang disebaliknya untuk menjaga hati-hati orang disekeliling kita atau kita cube menafikan untuk mem'bolos'kan diri dari tersepit,tapi konsep anak kecil ini yang berkata benar dalam setiap hal membuatkan dirinya tidak dirudung sebarang permasalahan,hehe kebanyakkan orang suka pusing-pusing cerita agar terlepas dari tuduhan atau sesuatu yang menyusahkan tapi bagi dia baik terus terang agar dia terlepas dari dibelenggu cerita atau ayat rekaannya sendiri.

    Banyak lagi sebenaranya yang qhazi belajar dari hamba allah yang sorang ni. Hidup kita ni mmg senantiasa dalam learning proses,go n chek disekeliling kita apa yang kita belajar setiap hati dan tundukkan ego untuk belajar dengan orang yang lebih lemah diri kita. Dia lemah dimata anda tetapi belum tentu lemah dimata Tuan punya Dunia,.percayalah..!!





    by:cikSEMUT

    Berpisah kita akhirnya..

    Jan 23, 2010
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين


    Bicara hati selepas pemergianmu,sayang..
    2 tahun kita bersama,.akhirnya kau pergi tinggalkan aku..kite bertemu tatkala aku memulakan langkah meneruskan pengajianku,memulakan hidup baru bersamamu membuatkan aku bijak menjaga dan memelihara keperluanmu,.namun sepanjang perhubungan kita mungkin aku dah menyakiti hatimu sehingga kau membuat keputusan untuk meninggalkan aku tanpa sebarang pesan,.bolehkah aku meneruskan hidup tanpamu disisi..jika kau terbaca rahsia hatiku ini,ingin ku katakan aku gelisah tanpamu,.serba tak kena langkahku,.tatkala ini jua,.tidak terfikir aku untuk mencari pengantimu,. biarlah aku keseorangan dalam meneruskan langkah tanpamu,.hatiku belum terbuka untuk mana penganti,.namun kekadang aku mengeluh kerana kekaburan mataku,.oh cermin mataku,.kenapa kau pecah mase aku takde bajet nk ganti ko..tak pasal-pasal aku meraba dalam terang haha..hbs semua slide kuliah aku tak nampak,.kawan-kawan yang melambai dr jauh menuduh aku sombong kerana tak membalas lambaian mereka,..hehe oi,qhazi tak nampak la,bkn sengaja.hehe



    ini bkn gmbar sebenar,.tp hampir sama.juz qhazi punye warna merah



    Penyebab spek kesayangku pecah adalah diduduk makluk yang berat dah besar hahahah (teka ape bnda tu)..qhazi akur la mybe dah sampai ajal spek tu,.namun yang pasti qhazi memerlukannya huhuhu..
    so dalam kerabunan buat masa sekarang ni,.jgn ada yang memanggil atau melambai dari jauh k,.nnt korang jugak yang tensen hehehe..




    p/s:setiap sumbangan perlu disalurkan ke akaun cimb yang berdekatan hahahaha..





    by:rabunAyam

    ku damba kasihmu.

    Jan 10, 2010


    Setiap langkah kehidupan penuh dengan cabaran, sekali kita melangkah mendekati Allah swt, beribu dugaan yang datang bertandang menguji,.ya allah,iman ku terlalu lemah untuk diuji. Kadang kala tak sanggup rasanya hati,membiarkan diri dibuai asyik dek kelalaian dunia,tlg la hambamu ya allah..berikan hamba petunjuk dan kekuatan untuk hambamu ini,.napenyer sejak dua menjak ni posting hanya berpusing pada benda yang sama..korang perasan tak..? hehe tu la tandanya ketandusan idea (alasan) hehe..send panjang-panjang pun kurang bergunanya cz yang penting dalam entry ni satu ayat je:

    "DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU ISLAM DIJUNJUNG."


    Hatta baru-baru ni qhazi gelisah bila terpandang sesuatu yang qhazi tak berupaya untuk mengubahnya,walaupun sebagai seorang islam kita sepatutnya mencegah dan mengubahnya,ampunkan hambamu ini ya allah,.daku tak berupaya. Masih tiada kekuatan dalam diri,cukup la qhazi membenci hal tersebut dengan hati,sesungguhnya itulah tanda selemah-lemah iman,nauzubillah.. (korang fhm tak? ape yg try qhazi bgtau ni)
    Jauhkan jua diri ini dari melakukan hal yang serupa ya allah,.didik la hati ku.





    Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

    Bila aku..

    Jan 6, 2010
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

    tajuk ni mmg kene je dgn qhazi haha,.bila aku pakai kasut sport or snikers korang panggil aku "ustazah rock",.bila aku pakai kasut ader butterfly korang kate aku sopan santun ala2 ladies gitu,.hbs tu aku nk pakai kasut aper? or lbh baik tak berkasut..hehe qhazi tak kisah kate orang asalkan selesa.hehe tu la mukadimah untuk entry kali ni,.hal kasut..

    Hakikatnya ada yang perluku jelaskan pada semua,.yang aku tak layak,digelar ustazah or seerti dengannya..walaupun pada kalian itu hanya sebagai gurauan. Bak kate orang

    don't judge a book by it's cover
    don't judge a rambutans by it's bulu
    don't judge qhazi by it's tudung labuh ok..!

    letakkan la sesuatu kene pada tempatnya (konsep keadilan)Qhazi kurang senang dengan gelaran itu,.knp qhazi tak senang? petamanya tak layak langsung,keduanya tak layak dan ketiganya tak layak jugak. gelaran itu pada masa yang sama membawa erti tanggungjawab yang besar.Bukan semudah ungkapan,walaupun hanya mainan. Malu rasanya bila digelar sedemikian tetapi sikap dan tingkahlaku tak selari. Hehe panggil la si cantik ke,.lawa ke haha perasan betul..Aku adalah aku, seperti mana aku kata aku adalah aku.


    by:tukang kasut

    Bicara hati (tajuk novel ni huhu)

    Jan 2, 2010


    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

    Tersentak dari lamunan lenaku dek kerana mimpi yang kurang menyenangkan,.barangkali semalam tidur tanpa ayat-ayat Allah. Itulah aku terlalu ngantuk sehingga membiarkan diri tanpa perlindungan Allah.Nak ku bangun terlalu awal,.perangai pelikku kembali datang,aku tak pernah berani ke tandas diwaktu malam seorang diri walaupun umur meningkat tua. Jam baru menunjukkan 4.41pagi. lalu dgn kesengalan dan kepengecutan aku tunggu la kot-kot ada bunyi air dlm dlm bilik air agar blh qhazi follow orang tu (kalo org la,.kalo bkn org...??) pernah dulu qhazi bgun mlm dan nak ke tandas
    dgr bunyi air n qhazi masuk la tandas tu,.bunyi air still ada tapi orgnya tak nampak pun. So..? (ni alasan si penakut) Tetiba adik rumate (cik ilham) tegur,.qhazi perasan jugak dr tadi budak tu mngelesek semacam je,.terjaga jugak kot. Dia bangun g tandas n qhazi ikut la..(i follow you)..ambik wuduk,..n solat apa yang patut..lps tu ngaji sikit (mimpi tadi masih menakutkan) nk tenangkan hati..apa pun berlaku Allah bersama hambanya kan..so tertariklah qhazi pada ayat yang dibaca,.walaupun bukan hafizah atau qariah,ayat tetap ku baca,.dapat la 2 muka,jom kita teliti apa yang manarik pada ayat tu..



    سُوۡرَةُ النّحل
    وَلَا تَتَّخِذُوٓاْ أَيۡمَـٰنَكُمۡ دَخَلاَۢ بَيۡنَڪُمۡ فَتَزِلَّ قَدَمُۢ بَعۡدَ ثُبُوتِہَا وَتَذُوقُواْ ٱلسُّوٓءَ بِمَا صَدَدتُّمۡ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۖ وَلَكُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (٩٤) وَلَا تَشۡتَرُواْ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً‌ۚ إِنَّمَا عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن ڪُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٩٥) مَا عِندَكُمۡ يَنفَدُ‌ۖ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ بَاقٍ۬‌ۗ وَلَنَجۡزِيَنَّ ٱلَّذِينَ صَبَرُوٓاْ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا ڪَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٩٦) مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحً۬ا مِّن ذَڪَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٌ۬ فَلَنُحۡيِيَنَّهُ ۥ حَيَوٰةً۬ طَيِّبَةً۬‌ۖ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا ڪَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٩٧) فَإِذَا قَرَأۡتَ ٱلۡقُرۡءَانَ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ ٱلرَّجِيمِ (٩٨) إِنَّهُ ۥ لَيۡسَ لَهُ ۥ سُلۡطَـٰنٌ عَلَى ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَڪَّلُونَ (٩٩) إِنَّمَا سُلۡطَـٰنُهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ يَتَوَلَّوۡنَهُ ۥ وَٱلَّذِينَ هُم بِهِۦ مُشۡرِكُونَ (١٠٠) وَإِذَا بَدَّلۡنَآ ءَايَةً۬ مَّڪَانَ ءَايَةٍ۬‌ۙ وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا يُنَزِّلُ قَالُوٓاْ إِنَّمَآ أَنتَ مُفۡتَرِۭ‌ۚ بَلۡ أَكۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ (١٠١) قُلۡ نَزَّلَهُ ۥ رُوحُ ٱلۡقُدُسِ مِن رَّبِّكَ بِٱلۡحَقِّ لِيُثَبِّتَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهُدً۬ى وَبُشۡرَىٰ لِلۡمُسۡلِمِينَ (١٠٢)



    Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar) dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak). (94) Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui. (95) (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (96) Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (97) Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. (98) Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. (99) Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah. (100) Dan apabila Kami tukarkan satu ayat (Al-Quran) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansukhkan) dan Allah memang mengetahui akan apa yang Dia turunkan, berkatalah mereka (yang kafir): Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang pendusta; (padahal Nabi Muhammad tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya. (101) Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Rohulqudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman dan untuk menjadi hidayat petunjuk serta berita yang menggembirakan bagi orang-orang Islam. (102)


    ~muke brutal hati pink~ngeee~


    Bagi qhazi ayat ni menarik sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang ada didalam hati setiap hambanya,tersentuh seketika,.Allah still luv me u know,allah tahu apa yang qhazi perlukan tatkala ini,.masyaallah..

    ""(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (96) Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (97)""


    p/s:maka benarlah,.doa tu bicara kita pada allah,tapi alquran tu bicara allah pada kita.

    kesimpulannya...jgn biarkan diri anda diselubungi misteri..(penakut...)


    by:siPenakut