• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
    Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

    kesan ZIKIR pada otak

    Dec 25, 2009


    Kesan Zikir Terhadap OTAK



    Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.



    Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.





    Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.



    Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.



    Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.




    dipetik dari :

    www.halaqah.net

    Perempuan..

    Oct 6, 2009



    يَا نِسَاء النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَاء إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَّعْرُوفًا﴿33:32﴾
    (33:32) Wives of the Prophet, you are not like the other women. *46 If you are Godfearing, do not talk in a soft voice lest the man of the diseased heart should cherish false hopes from you, but speak in an unaffected manner. *47
    *46 The verses from here to the end of the paragraph are those with which the Commandments of Purdah were introduced in Islam. In these verses though the wives of the Holy Prophet only have been addressed, the intention is to enforce reforms in aII the Muslim houses. The object of addressing the Holy Prophet's wives particularly is that when a pure way of life will start from his house, it will be followed by the women of all other Muslim houses as well, because this house was looked upon by the Muslims as a model to follow. Some people, whcn they see that these verses have been addressed only to the wives of the Holy Prophet, assert that these Commandments were only meant for them. But when one reads what follows in these verses one feels that there is nothing which might have been meant particularly for the holy wives and not for the other Muslim women. Could Allah have intended only this that the holy wives alone should be fret from uncleanliness and they alone should obey Allah and His Prophet and they alone should offer the Salat and pay the Zakat? If this could not be the intention, then how could the Command for them to stay in their houses and avoid displaying the fineries and abstain from talking to the other men in an alluring voice be meant particularly for them to the exclusion of all other Muslim women? Is there any rational proof on the basis of which some Commands in one and the same context and series be regarded as general and some others as particular and special?
    As for the sentence, °You are not like the other women," it also dces not mean that the other women should come out in full make-up and should talk to the other men coquettishly and flirt with them, but "as for you, you should not adopt such a conduct. " The style, to the contrary, is such as if a gentleman would tell his child, `You are not like the common children of the street: you should not use abusive language." From this no sensible person would ever conclude that the speaker regarded only his own child using abusive language as bad; as for others he would not mind if they used abusive language.
    *47 That is, "There is no harm if the other man is spoken to in case of a genuine need, but on such an occasion the woman's tone and manner of speech should be such as does not let the other man think that he could cherish any false hope from her. There should be no undue softness in her tone, no allurement in her conversation, no consciously affected mellowness in her voice, which should excite the male hearer's emotions and encourage him to make advances.
    About such a manner of speech Allah clearly says that this dces not behove a woman who has any fear of God in her heart and desire to avoid evil. In other words, this is the way and manner of the wicked and unchaste woman's speech and not of the believing pious woman's speech: If this verse is read together with verse 31 of Surah An-Nur, in which Allah says: "They should not stamp the ground in walking Iest their hidden decoration is revealed," the intention of the Lord clearly seems to be that the wvmcn should not attract other men by their voice or the jingle of their ornaments unnecessarily and if at all they have to speak to the other men, they should speak to them in an un-affected tone and manner. That is why it is forbidden for the woman to pronounce the call to the Prayer. Moreover, if a woman is attending a congregational Prayer and the Imam commits a mistake, she is not permitted to say Subhan-Allah like the males but should only tap her hands to call the imam's attention to the error.
    Now just consider this: When Islam disallows the woman to talk to other men in a soft and sweet tone and even forbids her to produce her voice before the other men without a genuine need, will it approve her to appear on the stage and sing, dance, flirt and behave coquettishly? Will it permit her to sing love songs over the radio and excite the people's emotions by presenting sweet melodies full of obscene themes? Will it permit that she should play the roles of the wives and sweet-hearts of others in dramas? Or that the women should be made the airhostesses and be especially trained to charm and allure the passengers? Or that they should visit clubs and attend social functions and gatherings in full make-up and mix freely with men and have fun and a good time with them ?From which Qur'an has this culture been derived? For the Qur'an that was sent down by God there is to be found no hint as to the admissibility of this sort of culture.

    Dengan nama allah swt...slwt dan salam buat junjungan mulia nabi muhammad saw.. keluarga dan para sahabat,.. mungkin entry kali ni bunyinye mcm serius walaupun qhazi tak pernah nak serius dalam hidup..dua tiga arini terdengar "ter" la, that means tanpa sengaja la kan..
    qhazi terdengar perbualan dua tiga orang kengkawan perempuan berbual dengan pasangan masing-masing dalam fon..apa yang qhazi nak tulis ni buat peringatan qhazi sendiri sebenarnya..dan tidak langsung bertujuan untuk menyakitkan ati sesiapa..juz untuk peringatan diri...DIRI. dalam bab hukum ni jujurnya qhazi mmg daif la dari org lain..jd sedikit yang ada ni la yang qhazi nak kongsi dgn kalian,..
    perempuan ni byk kene jage,.setakat tutup badan je tak gune gak..mcm qhazi ni la...ttp je tapi yang lain pyh nak jage,.berbalik pada apa yang qhazi dengar..
    rengekan si gadis kadang-kadang menggegarkan iman si jejaka..sesungguhnya ketahuilah bahawa lelaki itu akan lemah dengan 3 tha..pertama tahta, harta dan wanita..so sesungguhnya wanita itu kelemahan llk..kalo si perempuan tu btl2 kasihkan si dia,.knp lak nak gegarkan imannya,..jage la pertuturan..
    sesungguhnya suara tu aurat..tak kisah la nak call tapi plz la..jgn duk manje2 dgn llk yang blm lg ..
    sume ni btl2 tak niat untuk sakitkan ati korang..juz peringatan buat diri sendiri dan ahli keluarga qhazi..tapi kalau terdetik kat hati nak ambik ikhtibar tu dialu-alukan..
    qhazi syg korang sebenarnya, so sesama la kita jage diri dan keluarga kita..


    عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
    قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.
    Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
    Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
    kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.

    p/s : ckp selamat ingat la yang tersayang..


    by : cik telepon.

    Problem..

    Sep 3, 2009
    Definition of problem..

    ~soalan yang perlukan jawapan
    ~benda yang perlu diselesaikan
    ~sumber kepada kesukaran @ halangan
    ~persoalan yang memerlukan pertimbangan
    ~sesuatu yang memberi tekanan.

    Type of problem..

    1. Masalah pengekalan (maintainance problem)
    2. Masalah pencapaian ( achivement problem)

    cause of problem

    • know cause - when the cause of problem are clear
    • unknow cause - when cause of problem are less or not evident
    semua orang ada masalah,..n penerangan kat atas ni adalah tentang masalah yang qhazi ambik dari nota kuliah qhazi..semua orang ada masalah cuma cara kita berhadapan dengan masalah tu yang membezakan kita semua..qhazi juz nak share tntg ni, sebab masalah tu dah jadi mcm rutin harian kita..nnt qhazi post cara nak setel masalah lak k..tgu dlm next entry..

    kelebihan ramadhan

    Aug 24, 2009
    KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

    Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

    1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

    "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

    Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

    2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

    "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

    Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

    3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

    "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

    Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

    4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

    "Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

    Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

    Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

    5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

    "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

    Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

    Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

    wallahua'lam

    Syaaban

    Aug 9, 2009

    Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

    Keutamaan Bulan Syaaban

    Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :

    "Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas ebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

    Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.

    Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya :

    "Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

    Amalan-amalan di bulan Syaaban

    Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

    1. Memperbanyakkan puasa sunat

    Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

    "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

    2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

    Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

    3. Bertaubat

    Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

    Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

    Malam Nisfu Syaaban

    Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

    Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.

    Doa Malam Nisfu Syaaban.


    Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya :
    "Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz."



    p?s : kalo ader kesalahan fakta tlg btlkan yerk..tkt gak bg slh fkta..