Kuat Vs Lemah = Kasih Sayang..
Yang kuat harus dihormati, yang lemah harus dikasihi...itu tema entry kali ni..
Semalam dlm bas balik dr UPM, terpandang dua lelaki yang bagun untuk memberikan tempat duduknya kepada dua lagi perempuan cina..Qhazi kagum cz mereka berlainan bangsa tapi boleh bertolak ansur,..
yang kuat mampu berdiri dan yang lemah harus dikasihani...
Jika konsep ini di amalkan sesame manusia, ader tak lagi isteri yang didera,,..? perdagangan manusia..? atau amalan negetif yang melibatkan penindasan gender...
kenapa ada penindasan jika kita saling memerlukan...? kuatkah kaum adam, jika tanpa hawanya..?
tabahkah hawa, tanpa kasihnya adam...?
kasih sayang yang qhazi maksudkan bukan hanya melibatkan emotion in motion sahaja...tapi melibatkan perlakuan keseluruhan...cara kita hormat orang, cara kita berkomunikasi, cara kita bergaul dan cara kita melayan seseorang..
cube kita fikir adakah kita sudah memberi hak yang sepatutnya kepada yang berhak menerima layanan kita...?
-ibubapa
-saudara
-kawan-kawan
-pendidik kita
-saudara seagama
-dll
Adil itu, yang meletakkan sesuatu betul pada tempatnya,....bukankah begitu..?
Sem terakhir di kampus.....
sem terakhir bangun pagi untuk ke kuliah,..sem terakhir duk kat asrama ni,..sem terakhir naik van kuning untuk ke pasar malam,..sem terakhir untuk asgment,..sem terakhir untuk memerah otak dkt dlm libry,..
dan sem terakhir bersama kengkawan huhu...sem akhir jd kaunselor terlatih sebelum memegang lesen sebenar haha...
Hope kita boleh abadikan saat2 akhir bersama terutama buat TEAM EXTRAVAGANZA n Co...
Qhazi akan perbanyakkan cerita kita sepanjang bulan 10 hingga bulan 1 nnt...so sila ikuti perkembangan blog ni untuk membaca cerita kita ok...
nape aku takde ni...?
by : cik penulis
EidulFitri
with lot of luv
A. Rahman Hj Samlan
Noriah Zakaria
Badrul Hisham Rahman n Famly
Abd. Samad Rahman
Norashikin Rahman
Muhammad Hemy Rahman
Motivasi or Motibasi..?
Sampai ada seorang sahabat bertanya kepada Qhazi,..boleh atau tidak kita jamak saja niat tersebut,..? jeng jeng jeng.. Segala perbuatanku hari ini semata-mata kerana Allah Swt..lalu qhazi pun menjawab,..
Bolehkah anda minum secara jamak...? minum 30 liter air sekali untuk 10 hari...boleh..?
Tertawa la kami bila membayangkan keadaan kami jika diberi minum 30 liter air sekaligus...hehe pecah perut..
Sesetengah orang menjadikan sesuatu itu sebagai motivasi mereka,..contohnya gaji yang dibayar mengikut prestasi,..jika cemerlang kerjanya,maka tinggilah gaji...seseorang itu akan menjadikan gaji sebagai bahan pembakar semangat (motivasi) untuk bekerja...
lebih indah jika,..aku bekerja bersungguh2 kerana Allah,..hatta telah diingatkan bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seratus tahun lagi dan beribadahlah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari....
Pakej ganjaran yang Allah sediakan ialah keredhaan, pahala dan gaji seperti yang kita kehendaki.. pakej 3 in 1...lengkap..dan hebat, bukan...?
Kita selalu memandang mudah perkara yang berlaku dalam rutin,..tetapi jika kita lihat perkara yang kita anggap remeh ini akan dapat membantu kita di sana kelak..tatkala timbangan masih lagi setara,.dan pada masa inilah perkara kecil akan menjadi penting dan besar...
Peringat untuk diri sebenarnya,...tapi mungkin juga sesuai untuk kawan-kawan jugak..kerana antara kita ada sesuatu.....
by:cik nur nawaitu..
Sistem pengredan
Sepanjang qhazi berkhidmat sebagai guru,.qhazi jarang memberi gred pada mereka,.hatta yang salah pun qhazi agak sukar untuk memangkah,.qhazi lebih suka memanggil pelajar tersebut untuk memberitahu bahawa jawapan tersebut tidak sesuai untuk soalan yang diberi..Pelajar ini biasanya akan membaca dan tersengih bila sedar kesilapan jawapan mereka, lalu....
"Kejap cikgu, kejap...saya padam balik,nanti saya hantar..hehe.." sambil tersengih menayangkan sebaris gigi..
Jawapan qhazi biasanya ringkas..
"emm....Ok.."
Corak didikan ini telah ditanam dalam2 hati dan pemikiran mereka..mereka lebih selesa diberi gred c atau d dari tidak diberi langsung...
Qhazi kurang mengamalkan sistem pengredan ini kecuali atas arahan atau peperiksaan, yang dimana perkara tersebut telah ditetapkan..qhazi akur..
Bagi qhazi anak-anak ini perlu diletak sama taraf..walaupun daya pemikiran mereka berbeza..Qhazi tetap memberi pujian "Bagus!" di penghujung buku mereka, walaupun berkali-kali mereka salah dan berjaya membetulkannya..Hebat anak-anak ini, cepat belajar dari kesilapan..
Qhaz sendiri kadangkala lambat belajar dari kesilapan,..berkali-kali mengulangi kesilapan yang sama.. mungkin qhazi juga anak murid yang pernah diasuh dengan sistem pengredan.."aku selalu dapat c, jadi aku akan kekal begitu...hehe" atau "syukur.."ini bkn ungkapan lisan atau hati,.tapi ini ungkapan tingkahlaku kita..
by: si cantik
Cerita Mereka
Ini bukan kisah qhazi,..tapi mengutip cerita dari pandangan mata yang sebahagiannya dah
kabur..Manusia dikurniakan cinta,..Dijadikan Hawa sebagai peneman Adam,..Yusuf dan Zulaikha,
Muhammad dan Khadijah,..Kesetiaan kadangkala menjadi bahan penguji yang paling hebat,.
Baru-baru ini qhazi banyak terserempak dengan pasangan yang lama menjalin kasih tapi dihujung
usia baru cinta mereka menjadi satu..Saat umur dah menjangkau kilauan emas,.. tatkala itu baru cinta
mereka menjadi kenyataan..Cinta yang dulunya terhalang dek kerana salah seorangnya berkahwin
dengan orang lain,.dan kekasih tadi sedia menunggu pasangannya...dan saat si isteri atau suami bagi
pasanagan kekasih tadi meninggal,. cinta mereka bersatu,.kembali mengenang kisah lama,.Ada yang
sempat menjalin cinta seminggu ekoran tempoh hayat yang kian singkat,.ada yang
2tahun,.5tahun,.bergantung pada janji kita untuk kembali pada Allah..Hebat cinta mereka
bukan..Komen anda..?
by:pemerhati cinta
Kembali
Diumumkan kepada seluruh rakyat jelata. Qhazi akan pulang ke kampung halaman yang tercinta. Diminta seluruh rakyat jelata untuk membuat persiapan yang sewajarnya kerana hamba akan sampai pada hari sabtu, insyaallah..
Ayahda dan bonda diharap dapat bersabar kerana anakda akan berusaha menghabiskan beres di teratak kita selama empat bulan.. kekanda tercinta sila tinggalkan kereta untuk adinda mu mencuci mata ke serata ceruk negara..kpd adinda bongsu ku, kau mesti merindui
rakyat jelata jangan lupa mainkan kompang dan segala jenis alat muzik berirama kotemporari untuk menyambut kepulangan ku nanti,..hehe
tq untuk cik google yang cari gmbr kg halaman hamba yang cun ni,.n kredit sgt2 pada mr.lokman tuan punya gambar ni..
Disamping itu, libry universiti diibu kota (um,upm n ukm) sila tunggu ketibaan hamba kerana research harus diteruskan walaupun cuti..huhu
by:ank abah
Loneliness (Life without close relationship)
An induvidual's emotional and cognitive reaction to having fewer and less satisfying relationship than he or she desires (Archibald, Bartholomew & Marx,1995)
In contrast, those people who simply do not want friend do not experience loneliness
The consequences of being lonely:
-Depression
-Anxiety
-Unhappy
-Dissatisfaction
-Self blame
-Shyness
(lead to physical illness)
Why are some people lonely?
-Genetic Determinant
-Mother Child Interactions
-Social Learning Experience
Reducing Loneliness
- Cognitive Therapy
(To disrupt the pattern of negativity and to encourage new thought, perception, and expectation about social interaction)
-Social Skill Training
(the lonely person is provided with example of socially appropriate behavior on videotape and then given the opportinuty to copy the observed behavior in role play)
by: miss hapynesss...huhu
Muntah nota kini kembali...
Demam exam kembali buat diriku si qhazi,
adeh,..pedih,...e...geli dengan belaian si nota setiap hari..
Paper belum bermula ink sebatang pen merah kini kering dihirup rakus oleh kertas yang bertaring,..
Si mata yang paling terseksa,.ditahan dengan paksa,.
Otak mula berlari selaju ferari,..berlari mengejar masa yang tak menanti,..
aduh, otak terjatuh,.bengong seketika, terlanggar dek batu paksaan yang mendesak..
Badan menunjukkan tanda-tanda memberontak dipaksa berfungsi semaksimum mungkin,.
dan,..
Sabar la wahai perut kerana kau terlebih muatan tatkala ini,..si qhazi tersengih lagi,..kebingungan..
Si mata sekali lagi terseksa berada di tengah-tengah kawasan orang bercinta,.
adeh...!!! si qhazi tengah stdy ape lak yang si mata tengok tu,..si couple tu buat drama romantis lak,..
kate si hati,.." mereka suami isteri" sekali lagi si qhazi tewas dan si mulut diam tanpa bicara...
si tangan menyambung tarian pen merah,si otak kembali bangun berlari selaju dan lebih laju dari ferari....
Sudah-sudah jangan mengarut,..
ok sume qhazi nak sambung stdy...
doakan qhazi
berjaya dunia dan akhirat k..
moga exam ni dipermudahkan...
by:pengawas peperiksaan eh...silap, penyeksaan..hehe
Pitam
Amarah
Zaman dolu-dolu qhazi amat signifikan dengan sifat ni,tapi sejak usia kian meningkat
remaja
dewasa ni..dah tak larat nak marah-marah..n alhamdulillah..pandai sikit nak sabar sekarang (tengok tempat jugak ngeee~)
ader sedikit peringatan untuk diri qhazi dan mungkin untuk kita,.ye..! k.i.t.a (awak dan saya)sebab saya pun sayang awak,.awakkan tengah baca blog saya..mesti la saya sayang,..n ni untuk k.i.t.a
Keburukan amarah yang negatif digambarkan oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW dan para ulama' macam ni:
~Umar bin Al-Khattab berkata dalam khutbahnya: "amat beruntunglah orang yang terjaga dirinya daripada sifat tamak, hawa nafsu dan marah"
~Hasan berkata: Hai manusia, setiap kali engkau marah, engkau seperti melompat terjum kedalam api neraka.
~Ja'far Bin Muhammad berkata : "Marah itu adalah kunci semua keburukan"
~Sebahagian kaum Ansar berkata: " pokok pangkal penyebab lembapnya otak berfikir secara sihat adalah berkata tajam, maksudnya keras dan menyakitkan hati orang yang dituju kata-kata itu, sedang pemimpinnya adalah amarah. Sesiapa yang rela dengan kebodohan ia tidak memerlukan lagi sifat sabar, maksudnya walaupun dikatakan bodoh"
(qhazi petik dari buku membentuk jati diri remaja by Arieff Saleh Rosman dan Wardah Mokhtar)
nur: So ader sape-sape nak marah sekarang..?
qhazi: ko cakap senang der,.ingat senang ke nk kawal marah..! #@%%4!
nur: oo...ok jom kite tengok cara kawal marah..
~Mengingati Allah SWT dan Rasulullah SAW tidak suka orang yang marah secara melampau.
~Menyedari pahala besar bila kita sabar.
~Kalo rase nak marah time berdiri cuba duduk dan istifar dalam hati.
~Kalo darah dah naik ke muka, cuba diam..jangan cakap apa-apa dulu sampai darah tadi turun hehe..
~cuba pilih perkataan yang indah-indah je bila nak ,marah,...(mak selalu kate bertuah punya anak kan..?
~cara last,..blah je,..n jangan tengok muka orang tu,..nanti dah rela baru boleh slow talk.
~tambah lagi satu,.cuba bayangkan muka kita time marah..cantik? hensem? ke_______ (isi tempat kosong)kalo dah tau jawapan mesti tak jadi marah kan..ngee~
P/s : adeh..! patut la selama ni susah nak dapat dekan, selalu marah rupanya,..hehe
BLOB TREE
Rasenya tak pernah lagi qhazi post entry yang berkaitan dengan bidang qhazi,.(kaunseling) so hari ni mungkin ada sedikit perkongsian ilmu yang baru je qhazi dapat,.jadi sekiranya ada tersilap tersalah sila tolong betulkan agar qhazi tak terus salah..mungkin ada pakar-pakar disini yang terbaca blog qhazi ni,.
Hatta,.bermulakan kisah BLOB TREE,. Dalam teknik kaunseling,.banyak cara kita boleh gunakan untuk tujuan meneroka klien, tak kisahlah penerokaan dalam sesi individu mahupun kelompok,.dua-dua memerlukan kemahiran dan daya kretiviti kaunselor. Macam kita belajar menari, mula-mula kita ikut step yang diajar,.lama-lama kita menari ikut rentak lagu tapi masih dalam tema tarian yang sama macam awal tadi..mcm tu jgk dgn teknik kaunseling,.tak terikat dengan mana-mana kemahiran cuma yang penting faham teori asal.
Salah satu cara yang qhazi baru belajar ialah menggunakan gambar BLOB TREE. Gambar ni dapat ekspres emosi klien kita sebenarnya.. Kaunselor akan tunjukkan gambar tadi kepada ahli kelompok dlm sesi,.minta ahli memilih kedudukan yang signifikan pada diri mereka. Dengan kedudukan yang dipilih,.ahli diminta untuk berkongsi perkara yang yang juga signifikan pada dirinya,.secara tidak langsung kaunselor telah meneroka ahli atau klien tadi,.so takde la boring dengan sesi macam biase je..guna bahan sikit baru best,.apepun kene praktis,..kpd yang bukan kaunselor tu sila berjumpa dengan kaunselor berhampiran anda kawan-kawan dan mintak dia gunakan BLOB TREE sebagai bahan dalam sesi, mesti sesi lebih menarik..Selamat mencuba(macam rancangan masak pulak)
korang jangan guna blob tree berwarna tau,.lbh baik guna yang black n white coz warna memberi nilai lain pada klien,.(qhazi letak yang berwarna cz nk cantikkan blog je ngee~~)
p/s:qhazi pun tak terer nk ajar orang ngeee~~
Perkembangan yang berkembang..
NOW yang paling dasyat,.berat badan naik 2kg dari berat normal..(berat normal dirahsiakan)hehe..adeh,.dah tak boleh nak buat hobi kegemaran qhazi hehe,..makan makan n makan..so kene kontrol sikit yerk..nak kembali kepada berat asal..sebab takut tinggi tak dapat menampung berat(sila jangan tanye tinggi,isu sensatip..ngee~)
sila tunggu qhazi bagitau penurunan berat badan yerk..hehe hope berjaya turun..
p/s: makan sayur banyak(ehem-ehem),kurangkan pengambilan nasi (perut cap beras), bersenam (malas), tidur yang mencukupi (lebih biasenye) hehe..
Kenapa hubungan kita gagal..?
WHY RELATIONSHIPS FAIL
AND
WHY SOMETIMES THEY SUCCEED
by NORASHIKIN BT ABD RAHMAN
Cost and benefits of marital Interactions
Positive act & negative act.
Marital satisfaction depends strongly on maximizing benefits and minimizing cost.
Problem between spouses
Failure to understand the reality of a relationships.
Involves some degree of compromise.
Perceiving love or at least approval as contingent on success.
Growing tendency on the part of one or both partners to perceive that their partner’s love and approval is linked to external success
External Pressures : The Effects Of Being in a Marginalized Relationship
Different ethnic group, the same gender and different in age.
Will reduce partner’s willingness to invest
Becoming more committed to their relationship.
The Consequences of a Failed Relationship
Actively-response consists of either ending the relationship as quickly as possible or working to improve it.
Passively-response involve simply waiting and hoping that thing will get better or waiting for thing to get worse.
p/s: ni pembentangan untuk kelas psikologi sosial hari ni,.sape-sape tak faham sila angkat tangan. sape yang nk dijelaskan dlm bm pun sila angkat tangan (komen)
arahan ini untuk orang lain BUKAN diulang sekali lagi BUKAN untuk budak kelas,.untuk budak kelas,korang kene diam2 n cakap faham je nnt..FAHAM..? ngeee~
Biar Masa Berbicara..
minggu ni dipenuhi dengan 2 test dan 2 pembentangan,.alhamdulillah tadi dah selesai satu pembentangan,.dan segala usaha terbayar bila lect cakap "wellllldoneee!! beyond my expectations..huhu lege giler,.n syukur..lect siap tanye lagi,.What software do you use? dan sebenarnye qhazi pernah buat satu video yang lebih teliti dari tu,.n credit to my members in extravaganza corporation..tq coz korang dah buat yang terbaik untuk pembentangan ni,.siap sangup pakai baju tema purple lagi hehe..
so hope hari ni dapat jawab 2 test sekali gus dengan baik,..dan esok satu lagi pembentangan individu,.
p/s: qhazi kene buat yang terbaik coz dah ambik peneguhan +ve awal-awal lagi aritu.. hehe..buat krn allah tapi qhazi jenis yang need reinforcement..takperlu mahal asalkan benda tu kita jarang dapat n kita suka,.baru bermakna n semangat nk buat keje kalo ader upah,..hehe fikir la satu benda yang menarik n yang tak la mahal sangat,.n bagi pada diri lepas kita penat buat 1 benda(buat tu kene sungguh2 baru dpt)..try la,..mesti lega,.kadang-kadang tak perlu modal pun,.hehe lets try.
bILA aKu KatA...
hehe,..tajuk macam suspen je,.tapi tu la hakikatnya,..tapi np tak paham cakap yang paling mudah dekat dunia ni,."tak nak",.bila qhazi cakap taknak so bermakna,..taknak la..dan bila dipaksa jugak korang jugak yang sakit hati,..then cakap balik kat qhazi yang kesian tu sebab pnt ni,..tapi hakikatnya dari awl lg dah qhazi beritahu,.taknak.. setiap yang kuar mesti bersebab,.n korang tak penah tanye pun knp taknak,..
p/s:thanks untuk golongan yang wish brthday qhazi 24feb yang lepas..(blh bilang dgn sebelah tangan)dengan ucapan i always luv u all..ader orang dapat jam submarine yang qhazi rase bharga $36 keatas,..huhu bestnye dapat SEIKO ORI kan,..hehe tapi yani akan cakap
"shikin sedar diri yerk.."
adeh..tak layakkah aku..
aduss!!
by:belated bufday girl
Meminta pada yang SUDI..
Ini Wajah baru blog qhazi,.dengan segala hormatnye qhazi mohon kengkawan meninggalkan komen-komen anda bagi qhazi membuat penambahbaikkan untuk blog ni,.segala komen anda akan dibalas dan dijadikan sebagai panduan,.setiap komen kengkawan amat bermakna,.hulurkan jari ringankan tangan hehe..
blog ni terlalu simple ker...?
by:owner..
lalala~la~lalalalalaa~
ari ni qhazi senang hati,.qhazi tak tahu knp,.ader sape-sape tahu..?
kalo tahu tlg bgtau qhazi sebab qhazi btl-btl nk tahu ape yang qhazi tak tahu..
rase mcm hati berbunga-bunga je,..sejuk walau cuace membahang,.
rase nk nyanyi-nyanyi..sambil study,.ari isnin nanti ader test tapi qhazi tetap senang hati sambil study,.ape yang sedang berlaku ni..? (sila jawab)
Pocket Full Of Sunshine
I got a pocket, got a pocketful of sunshine
I got a love and I know that it's all mine, oh, oh oh oh
Do what you want but you're never gonna break me
Sticks and stones are never gonna shake me, oh, oh oh oh
I got a pocket, got a pocketful of sunshine
I got a love and I know that it's all mine, oh, oh oh oh
Wish that you could but you ain't gonna own me
Do anything you want you can't slow me down, oh, oh oh oh
Take me away, a secret place
A sweet escape, take me away
Take me away to better days
Take me away, a hiding place
I got a pocket, got a pocketful of sunshine
I got a love and I know that it's all mine, oh, oh oh oh
Do what you want but you're never gonna break me
Sticks and stones are never gonna shake me, oh, oh oh oh
Take me away, a secret place
A sweet escape, take me away
Take me away to better days
Take me away, a hiding place
There's a place that I go that nobody knows
Where the rivers flow and I call it home
And there's no more lies in the darkness there's light
And nobody cries, there's only butterflies
Take me away, a secret place
A sweet escape, take me away
Take me away to better days
Take me away, a hiding place
Take me away, a secret place
A sweet escape, take me away
Take me away to better days
Take me away, a hiding place
The sun is on my side and takes me for a ride
I smile up to the sky, I know I'll be alright
The sun is on my side and takes me for a ride
I smile up to the sky, I know I'll be alright
Ini Qhazi Rahman
Semalam qhazi jatuh tangga,.ye ditegaskan sekali lagi JATUH TANGGA,.belubang jugak la sarung kaki dibuatnye, nasib takde yang luka..dan yang menarik seorang hamba allah, terkejut tengok qhazi jatuh dan spontan perkataan "ALLAH" yang kuar dari bibirnye.. qhazi yang tatkala itu,.kosong memang kosong,.takde rase malu coz jatuh, takde sakit, n tak ingat nak sebut ape-ape, memang jiwa kacau..
Masuk kelas lak slambe g duduk belakang sekali n tempat tu jadi tumpuan lect pada hari tu jugak..mungkin jugak coz qhazi terduduk sebelah student yang lecture qhazi selalu tengok..so nasib la..
Pengajaran baru untuk diri sendiri,.
adakah qhazi selama ini menyelesaikan masalah mengunakan perasaan atau khidmat kognitif yang Allah beri..?
Qhazi baru sedar yang selamanya ni qhazi banyak guna perasaan untuk selesaikan kerja dan gunakan kognitif bila jumpa kawan-kawan,..untuk ape dan kenapa yerk..?
Aper perbezaan perasaan dan kognitif sebenarnye dan yang mana lbh berkesan..?
Berapa banyak persoalan yang qhazi dah kuarkan ni..?
ok qhazi jawab..
Memang manusia itu unik,.ader yang berfikir guna kognitif dan yang yang menggunakan perasaan.Kedua-duanya tak salah dan takde yang betul..kedua2nye blh digunakan mengikut kesesuaian situasi dan mase,..? kalo terjumpa harimau,.korang rase korang guna perasaan ke kognitif untuk selamatkan diri..? hehe mesti korang tak sempat berperasaan n terus bfikir untuk lari dan ini dikatakan pengunaan kognitif.
Dan situasi kedua apabila kita bfikir untuk menyelesaikan masalah pesahabatan,keluarga dan kehidupan kadangkala kita mengunakan perasaan..melayan perasaan rajuk,marah,geram kita sampai la kita lega..dan lps tu masalah selesai, btl kan..? itu la penggunaan perasaan dlm menyelesaikan masalah.
kpd pakar-pakar bidang kemanusiaan, kaunseling, sosial dan psikologi kalo qhazi salah sila btlkan coz qhazi menaip mengikut pemahaman qhazi sahaja.
Hatta yang demikian, beberapa hari ni qhazi banyak mengunakan perasaan untuk selesaikan konflik kehilangan identiti dlm diri hehe (parah je bunyinye..) dan now segalakan beransur ok,.tangan dah boleh menaip projek, otak dah mula berfungsi secara normal, fizikal juga telah kembali melakukan aktiviti rutin,.perut dah berjaya diisi dengan makanan yang selari dengan deria rasa,kawan-kawan mula disapa dengan gile-gile dan qhazi dah kembali menjadi S.R or nur qhazi rahman yang tulen n unik..
by:aku
Sila jangan baca..!!
Jiwa kacau sejak dua menjak ni..tu yang malas nak duduk sorang-sorang..Jadi sekarang aku tengah duduk secara berjemaah disudut tepi foyel,.tapi makcik tu tanpa hiraukan aku bz sapu sampah,kakak tu dari tadi layan fb dia,.(kalo aku curi asam pun dia tak sedar agaknye)..group chines tu selere giler makan meggi cawan,telinga lak dihambat dengan bunyi mesin pakcik tu cuci dataran sambil matahari membakar kulit beliau..sepatutnya aku takde kat sini hari ni,.coz arini aku takde kelas..tapi ape aku buat dekat sini,.?
ini la namenye jiwa kacau,.arini aku pakai t-shirt hijau dengan suar jean..tdung itam..kasut sandal hijau with stoking cklet sambil galas beg latop pemberian abang ngah..(kredit untuk ngah coz always bg barang berguna sambil mempunyai niat tersembunyi hehe) aku jarang begini,.kalo begini pun hanya dari dalam..jarang kwn-kwn or korang sendiri dapat kesan aku dalam keadaan begini.kalo aku tak bagi tau secara begini..mesti korang taktau yang aku sedang begini,.by the way,.keep smiling,.make a joke,.make them hapy with my words..(jgn btlkn grmmr aku)
Adakah aku sedang buang masa..? sedangkan keje aku belambak menunggu..pada pendapat aku,aku tak membuang masa,.aku menaip entry ni sambil menunggu solution untuk latop aku yg bermasalah ni..disamping itu aku juga telah berjaya menjumpai beberapa bahan online yang boleh aku jadikan bahan rujukan untuk projek tahun akhir aku. Hatta dengan itu aku berpendapat bahawa aku tidaklah membuang masa.. Kepada mereka yang tak suka dengan entry ini sila abaikannya coz korang sedang baca blog aku, so sukati aku la nak tulis aper..lagi pun ce korang baca tajuk blog ni,.kontang kanting,..or dalam istilah saintifiknya terumbang ambing so segala entry dalam ni akan ditulis mengikut hati penulis blog iaitu aku.,
p/s:kpd korang yang rase tempat korang tu sesuai untuk jadi sample populasi kajian aku sila bgtau..sasaran golongan remaja sahaja,org tua taknak..!! keutamaan diberi pada kawasan luar bandar dan keistemewaan juga diberi buat orang yang sudi taja tempat penginapan kajian tu hehe..(gelak dengan muke serius).,
nikmat yg ditarik..
Bismillahirahmanirahim...
huhu,.dah 2 minggu lbh mcm ni,.dari mula cuti sampai la tah hari keberape.. demam + batuk + selseme + muntah + sakit tekak + gusi bengkak 1 pakej yang lengkap.
kalo fizikal tak ok, kecerdasan EQ pun turut terjejas..otak blur-blur je..dah 2 3 org hampir kene telan akibat dari kesilapan memilih perkataan ketika berckp dgn qhazi hehe.. kesilapan membawa padah..
ubat hmpir habis ku telan tapi mmg tuan empunya dunia menguji tahap kemampuan qhazi, dan yang penting menghapus dosa-dosa kck yang berlambak atas bahu ni.. cube kakadang sebagai qhazi ni tak sbr sikit,..cz tak larat nak batuk-batuk..hehe ksian bdk-budak kelas kene dgr batuk qhazi yg lbh kuat dari suara lecture..hehe
p/s: or mgkin jgk demam sebab lain..!!
Membalas tag
"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated" *wink*
1. suke lepak kat kedai ramai-ramai
2. paling malas buat benda ni..hehe
3. suke kat duit
4. alway windu kat fmly
5 suke drawing sume benda terutamanya time kls hehe (sory lect)
6. tak suke MC'D
7. suke jln2 tapi gune duit org lain hehe
8. suke bising dan sembang lame2
9. suke masak
10. tak suke beratur
11. tak suke menunggu
12. suke ayam bistik
13. garang
14. luv my blog
15. n.a.k.a.l
16. nk masuk syurga(adeh...tak cukup bekal)
17. nk jd anak yg baik untuk makabah
18. susah nk cakap terima kasih (org sebelah cakap)
19. susah nak say sory (pun org sebelah yg tambah)
20. kasar (sopan setan bkn sopan santun hehe)
21. giler dgn gajet.
22. suke tegur org kalo jumpa kat jalan (yg knl je la)
23. lyn internet
24. jarang nmpak tensen
25. happy go lucky je...
so kpd sesapa je yang mmbaca entry tag ni anda sedang ditag,.sila jawab tag ni di blog anda..
p/s: sape aku
Apa kata penonton..?
Sekarang ni qhazi masih dalam proses menghabiskan pengajian yang masih bersisa..
Dan untuk semester ini, qhazi akan meletakkan diri ditali gantung coz sengal g ambik subjek elektif ditambah pulak dengan sesi makmal kelompok dan ditambah lagi n lagi dengan projek ilmiah tahun akhir..oleh itu kesemua jam kredit akan menjadi 21 tidak termasuk 3jam dlm makmal setiap minggu n tidak n tidak juga termasuk dengan sesi yang dibuat secara solo sebagai asgment,.adeh..rase perit dan pedih..serta kadang-kadang pening lalat,.hehe..
So kesimpulannya,ce korang try bagi ape2 tajuk projek ilmiah tahun akhir qhazi,.tapi pastikan tajuk yang korang bagi sesuai la dengan pengajian kaunseling qhazi,.
contohnya mcm "hubungan diantara tahap kemurungan dengan prestasi akademik" n ape2 aje yang bkaitan k,.n nnt qhazi pertimbangkan untuk menjadikannya realiti dlm bentuk kajian..hehe
so sila komen ramai-ramai supaya blh dipilih k..
p/s aku tetap slumber..
Come Back With Award.
Assalamualaikum semua sahabat-sahabat sesawang sekalian,.dah lame menyepi membawa diri dan akhirnya kembali membersihkan sawang yang kian berkilo dilaman sesawang ni,.hehe
dan sekembalinya qhazi ke alam bloging ni disambut dengan satu award dari seorang sahabat yang baru je qhazi follow..
jadi,.terima kasih banyak atas award follower ke100 ni,.
Sekembalinya qhazi ke alam bloging ini, diharapkan sahabat bloger semua dapat mengikut setiap entry yang akan coming out k..
by:Sahabat ke100