• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Sistem pengredan

    Jul 15, 2011
    Pelajar sekarang dah biasa didik dengan sistem pengredan..Si Cemerlang dapat A, Si Baik dapat B, Si Sederhana dapat C, dan Si Lemah dan yang lain dapat la D,E,F dan seterusnya...

    Sepanjang qhazi berkhidmat sebagai guru,.qhazi jarang memberi gred pada mereka,.hatta yang salah pun qhazi agak sukar untuk memangkah,.qhazi lebih suka memanggil pelajar tersebut untuk memberitahu bahawa jawapan tersebut tidak sesuai untuk soalan yang diberi..Pelajar ini biasanya akan membaca dan tersengih bila sedar kesilapan jawapan mereka, lalu....
    "Kejap cikgu, kejap...saya padam balik,nanti saya hantar..hehe.." sambil tersengih menayangkan sebaris gigi..

    Jawapan qhazi biasanya ringkas..
    "emm....Ok.."

    Corak didikan ini telah ditanam dalam2 hati dan pemikiran mereka..mereka lebih selesa diberi gred c atau d dari tidak diberi langsung...
    Qhazi kurang mengamalkan sistem pengredan ini kecuali atas arahan atau peperiksaan, yang dimana perkara tersebut telah ditetapkan..qhazi akur..
    Bagi qhazi anak-anak ini perlu diletak sama taraf..walaupun daya pemikiran mereka berbeza..Qhazi tetap memberi  pujian  "Bagus!" di penghujung buku mereka, walaupun berkali-kali mereka salah dan berjaya membetulkannya..Hebat anak-anak ini, cepat belajar dari kesilapan..

    Qhaz sendiri kadangkala lambat belajar dari kesilapan,..berkali-kali mengulangi kesilapan yang sama.. mungkin qhazi juga anak murid yang pernah diasuh dengan sistem pengredan.."aku selalu dapat c, jadi aku akan kekal begitu...hehe"  atau "syukur.."ini bkn ungkapan lisan atau hati,.tapi ini ungkapan tingkahlaku kita..

    by: si cantik

    0 kOmEn SahabAt: