• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • balik jOm..

    Apr 25, 2009
    alhamdullilah,.imtihan semester ini berakhir dengan bahagianya..tak sabar rasenye qhazi nak pulang ke daerah yang dah lama qhazi tinggalkan..daerah yang banyak mengajar qhazi erti hidup,.jatuh,bangun n sampailah kini.
    apa yang qhazi nak sampaikan disini cuma satu,.sepanjang cuti ni mungkin takde sebarang post d
    ari qhazi,. qhazi nak balik kampung, so kepayahan untuk mendapatkan kemudahan intrnt tu begitu terhad.. paling tidak pun yang kene caj hehe rm2=sejam..namun atasn apa pun alasannya qhazi akan kembali menghantar post pada awal semester depan insyaallah.meskipun takde sape yang akan merindui post dari qhazi,.namun percayalah sesungguhnya qhazi akan merindui blog kalian, kerana qhazi begitu tertarik dengan setiap tajuk yang menjadi isu blog kalian,. hebat kalian berkarya..semoga kalian terus berkarya dan semoga segala ilham dan keistimewaan yang Allah swt kurniaan dapat memberi manfaat pada sume..ameen..
    kg halamanku



    ~balik kg...OOoo balik kg hati girang~

    by : bUdAk Bd

    manusia or kucing..?

    Apr 20, 2009


    manusia yang relax je walau musim exam hehe qhazi la tu,..
    pergaulan manusia dengan alam tak kira la sesama manusia or makhluk lain..mmg penting,.tumbuhan, haiwan n sebagainya sebab kita ni hanya menumpang dibumi allah swt so kene la saling share mengshare,n perlu ada toleransi,.mungkin sesetengah makhluk yang bernama manusia ni boleh "kot" bertoleransi dengan makhluk lain,..sebab kite je yang ada akal untuk berfikir, jadi kita la yang kene beralah dengan makhluk lain,.
    hatta nak dijadikan cerita, beberapa minggu yang lalu lahirnya 3 ekor haiwan yang bergelar kucing didalam blok an-nasaie,.punya la cemerlang n geniusnye kucing ni sebab lahir dalam kawasan universiti,.tapi sikap ibu yang tak mendidik anaknya telah menyebabkan warga an-nasaie ketensenan,.dah la tensen exam,.ditambah lg dgn ketensenan terhadap 3 ekor kucing yang mnyumbangkan byk pahala pada penghuni ann ni hehe..biasa la anak kucing ni tak pandai nak cari pasir nak membuang,.so main buang je la kat mane-mane die suke,.atas kasut ke, tepi pintu ke,atas jln ke, ikut suka la asal la hajatnye terlepas,.beberapa kali jugak la 3 bradik ni membuang btl2 dpn pintu bilik qhazi,.n tahap kegeraman yang melampau telah menyebabkan adik rumate ku menghantar seekor dari mereke ke blok lain, (bagi orang lain lak buat pahala) so tinggal la 2 ekor lagi,. tahap kesabaran jiran sebelah qhazi ni ilang bila semalam 2 kali kasutnye dijadikan tempat alas bahan buangan kucing2 tu,shari blm kejadian rumate qhazi nampak ader orang bagi kucing tu makan kentang goreng n ayam goreng,fuh,..mmg 1st class la kucing ni,qhazi pun makan nasik goreng blcan je hehe, berdasarkan ape yang dia makan mmg patut la kucing tu buang 2 kali hehe..so mengalir la air mate jiran qhazi tadi,..nak di sepak kang dose pulak,.nak dbiarkan tak tahan rasenye,.so menangis adalah cara terbaik semoga kucing tu kesian kat ko hehe..pnh la qhazi n adik rumate basuh lantai dkt dpn tu sebab tak tahan baunye yang best,..n gi la pinjam berus kat makcik cleaner,.makcik tu pun bagi la cara2 nak mencuci lantai,.n semalam sekali lg satu kejadian besar berlaku,.mungkin diorang tgk qhazi cuci lantai diorang pun nak cuci sekali kot,.tapi tahap kepandaian yang membolehkan "dia" masuk U, barangkali blm cukup untuk membolehkan dia berfikir yang air yang dia cuci lantai tu akan masuk ke bilik qhazi,..ya allah,..habis bah bilik aku,..!! tu la pandai sgt,.dulu qhazi basuh lapik dengan surat kabo dulu pintu bilik, so takde la air masuk,..yang budak ni nak basuh lantai tapi tak fikirkan akibatnye langsung,.tahap kegeraman yang dulunya pada kucing kini berpindah pada budak yang cerdik tu,.air masuk takpe,tapi takut air yang masuk tu air najis kucing tu skali,..er...nasib,.nasib..kpd cik kucing qhazi tak kisah basuh byk kali pun kalo ang nak buang ayaq tapi buang la dkt pintu qhazi,qhazi lbh rela begitu dari terpaksa basuh lantai bilik pulak akibat kepandaian yang amat sgt budak tu,.. hehe..




    by:cleaner ann

    biru mate hitam ku..

    Apr 16, 2009
    Korang penah dgr lgu biru mata hitam ku,..?
    Erm..bukan lagu tu yang jadi persoalan tapi kejadian putih mata hitamku yang jadi kebingungan kini,..ketensenan,keserabutan dan kecelaruan kini menerjah otak,..baru je keluar Dewan Sultan Mizan, baru je habis berperang dengan kertas psikologi,..namun petarungan antara qhazi dan kertas psikologi tadi memilukan,..ketajaman soalan telah melukakan otak dan sistem saraf qhazi termasuk la sensori motor..perkembangan bahasa kanak-kanak ku tolak sehingga mereka tak boleh berbahasa ibunda lagi,..biar la diorang nak berkembang mcm mn pun,..lantak la,..buatpe nak kaji n nak suruh qhazi jawab tentang perkembangan diorang suruh la piaget's yang jawab sebab dia yang gatal-gatal buat teori...nak di tiru mate ku ini mengalami kerabunan,..pandang kanan tah hero hindustan mane tah,..pndg kiri mcm kenal tapi nak ditiru,mate ku rabun..qhazi punye la baca tentang tahap kematian manusia sebab diorang kate kuar...ingatkan byk sgt la,..hafal bagai nak rak sekali satu soklan jer..bukan tahap kematian yang kuar tapi qhazi yang bagai nak meninggal time berperang tu,..esei ok lagi tapi bahagian isi tempat kosong,..memang ku isi tapi dgn teori yang ku cipta sendiri..teori marcia's ku baca pun satu soklan jugak yang kuar,..teori yang kaitkan komitmen dengan krisis kini qhazi yang mengalami krisis dalam diri tahap ke 1000.....eeeeee.....ahhh,,...akan ku lupekan ko cik psikologi kerana aku akan bersama cik teori, cik etnik dan cik mikro tak lame lagi,..huhu..

    kan ku pulun 3 subjek ni...sampai dapat ku tebus pointer ku dgn ko wahai cik psikologi,...huh!!



    by: pning lAlaT

    acUan.

    Apr 15, 2009
    sejak dua menjak ni, tahap kekerapan berlakunya kelaparan semakin meningkat,..asyik nak makan je perut ni,..so asal ader bende je yang blh dkunyah habis di kunyah sampaikan roti 4segi pun sedap jadinye,..

    mgkin hari ni bakal menjadi hari yang mentensenkan,..sebab esok exam subjek development psychologi or in malay psikologi perkembangan,..ala macam hikayat hang jebat jugak duk cerita dari awal sampai habis kisah manusia,..dari pembentukkan janin sehinggalah berlakunya kematian seseorang manusia,.



    actly dalam islam sendiri dah banyak diterangkan tentang kejadian manusia ni,..tak caye ce try semak alquran,..islam tu dah lengkap sebenarnya,..tu manusia mcm qhazi ni kalo jawab exam tu gune je teori n paktikal yang ada dlm quran kan senang,..ni kene guna teori orang putih jugak..bukan la menolak pulak sebab sume ilmu tu ilmu Allah swt,..n memang patut kite cari dan pelajari tp knp zaman sekarang ni jarang-jarang orang buat kajian atau ape-ape je berdasarkan quran,..ce tengok tokoh islam dulu,..diorang berjaya knp,..? sebab sume kajian dikaitkan dengan quran,dengan islam,..n tengok keperibadian mereka jugak, mcm ibnu sina, ibnu khaldun dll..sebab
    tu diorang berjaya..n kitab-kitab diorang masih lagi menjadi rujukan walau dah berkurun lame,..tak macam kajian orang sekarang ni,.lebih je 10 tahun dah masuk muzium,..tak blh pakai dah,..ish,ish...dah merewang jauh ni,..kembali pada topik asal,..PSIKOLOGI..esok akan ku jawab elok-elok,..
    kpd lect psikologi ku,..tq byk membantu n mengajar qhazi tentang perkembangan manusia,..k,.
    fuh..harap lepas grad nanti dapat jadi..kaunselor acuan alquran..ameeeeeeeeeeeeeenn...



    by: cik kaunselor

    kecelaruan minda..

    Apr 7, 2009
    Dalam kekalutan dan ketensenan qhazi nak exam ni sempat jugak la jenguk-jenguk blog ni,..bg relax sikit..bak kate kawan-kawan qhazi tak pernah kalut n kusut,..hehe, sape kate.. kekusutan tu mmg ada tambah pulak dengan ketensenan yang dicari sendiri, bila stdy last mnt..tapi hidup ni untuk dinikmati bukan untuk dipayah-payahkan diri,..ader time stdy kita stdy, time mkn kite mkn, time buat ibadat kita buat, time bgurau kita bgurau la,..so jgn pening-pening k sahabat,.
    kalo mengelabah keje tak jadi,.buat satu-satu insyaallah selesai jugak,..pelan-pelan kayuh

    *************************************************************************************

    exam untuk final sem dah bermula dan qhazi antara orang yang terpaksa merasmikan hari exam dengan kertas pgurusan perniagaan pada 5hb hari tu,..untuk paper tu alhamdulillah,..
    dan buat sebaik mungkin..tak payah fkr paper dah lps sebab ada lg 6 paper nk kene jwab nnt..
    tguuuuuuuuuu....hehe..


    *************************************************************************************

    buat sahabat, teman,kawan dll..selamat berjaya dunia dan akhrt..jwb la elok-elok,.relax time jawab tu,.jgn stdy over-over, kang takut otak tu bengkak,.nnt kepala jd berat, susah nak bawak g dewan exam,.stdy ikut cara sendiri jgn duk tiru gaya orang stdy,nnt jadi lain pulak,.jgn gatal-gatal nak mengatal time ni,.cuti la dating tu,.buat kwn-kwn yang tgh mencari cinta sesama mnusia, time exam ni berhenti la dulu,..cari cinta allah n cinta ilmu allah ni dulu..kpd yang bawak kenderaan sendiri,.sila berhati-hati ketika memandu,.kepada yang selalu tumpang orang macam qhazi, pesan la kat kwn tu bwk hati-hati..makan makanan yang sihat walaupun dah hujung-hujung sem ni..wlau ptptn korang dah tinggal duit tambang nak balik kg je..kaki gayut, hentikanlah kegiatan anda,..sebab boleh kurangkan kos komunikasi korang..dan selamat maju jaya,..ingat mak ayah yang bersusah payah untuk kita,.ingat jasa mereka,.







    *************************************************************************************












    by:cikguKORANG

    cantik,menarik mmg da bomb.

    Apr 6, 2009
    "klik,..klik,..klik."

    kedengaran pelbgai byi cmbr canggih setiba dikawasan taman tamadun islam,.langkah diteruskan menuju ke masjid untuk membawa ucu dan makcu untuk bersolat disana,.erm..masuk sahaja perkarangan masjid,.mata ni sibuk memerhatikan gelagat manusia yang perbagai cara,.di pintu masuk majid disediakan jubah dan tudung bagi mereka yang takbertudung dan berpakaian kurang "kain"..beberapa orang cina, pelancong agaknye,.sedang dipakaikan tudung dan jubah..itu dah jadi peraturan untuk masuk ke kawasan tu,.

    malas dan nak perhatikan diorang, qhazi pun masuk ke tempat solat muslimat yang disediakan untuk menemankan makcu bersolat,..sambil duduk dan asyik memerhatikan sekeliling,.masuk pula seorang gadis yang manis, dan terlintas dalam hati ni knp pakcik yang jaga jubah kat pintu masuk tadi tak bagi tudung dan jubah tu pada gadis manis ni..? mungkin pakcik tu tak perasan yang gadis ni hanya sembunyikan rambutnya didalam baju yang bertopi..tapi pakaiannye pun pakcik tu tak perasan..?rasenye elok sikit pakaian orang cina kat luar tadi dari yang ni..

    ish,..sibuk pulak qhazi menilai orang..teringat rungutan seorang rakan..

    "ishh..tadi mase tengah rukuk ade orang tangkap gambar,.hilang khusyuk kene flash kembre" agak lucu dgr ayat kawan tu,..

    fokusnya kini masjid dah jadi tempat perlancongan atau dah jadi bahan pameran..

    mls nk ckp byk sahabat fikir-fikir la..

    *********************************************************************************

    walau apapun qhazi memang kagum dengan seni islam yang digunakan dalam setiap sujud pembinaan masjid kristal tu...mmg mengasyikkan dan begitu indah ilham yang Allah swt kurniakan pada si pereka hiasan masjid ni,..hebat sesunguhnya Allah maha besar,.maha bijaksana ya allah..











    kepada pencetus idea "kewujudan" masjid ni,..kalo anda bercita-cita menjadikan masjid ni sebagai tempat perlancongan atau bahan pameran,..taniah qhazi ucapkan sesungguhnya pada pengamatan qhazi, anda berjaya, menarik ramai pelancong tempatan mahupun luar negara.
    by:tukang sapu msjd krstal

    lagu aku lagu kau jua..

    Sahabat suka dengar lagu macam mana..?
    Rock? Balada? Dangdut? Nasyid? padang pasir..? atau ada yang lain,..
    beberapa hari yang lalu teringat qhazi rungutan seorang rakan,.yang qhazi suka pasang lagu yang sama jer dalam latop ni,.hehe..naik hafal dia dah lagu tu,.siap tahu susunan lagu lagi.
    Qhazi akan pasang lagu-lagu yang bersifat ketuhanan,.bersifat damai,.bersifat lembut yang penuh dengan kasih sayang..a.k.a lagu nasyid
    Tapi qhazi syukur sebab kawan qhazi yang tegur tu, walau dia bosan or dah bercinta sangat nak dengar lagu yang qhazi pasang, tapi dia dah hafal, dan qhazi dah pastikan dia dah dapat manfaat dari lagu-lagu qhazi tu..hehe..

    Buat sahabat tadi, ketahuilah olehmu bahawa qhazi ni hamba yang nipis imannya, yang keras hatinya, yang kasar perlakuannya, yang masih mencari cinta Ilahi dalam hidupnya, yang masih meraba-raba mencari cahaya redhanya..oleh itu dengan harapan, qhazi dapat mendidik diri dan hati dengan lagu yang damai macam tu,.bukan qhazi tak dengar lagu Faizal Tahir kegemaran mu, dan lagu-lagu barat yang menjadi kata biasa di bibir mu..dengar, tapi biar la qhazi terus begini menahan diri, sebab qhazi tahu kelemahan qhazi dalam mendidik jiwa ni,..



    p/s:qhazi tak suka lagu belaian ibu.



    by:ankTOKEkeset

    k.a.w.a.n

    Apr 2, 2009

    teringin lak nak hantar post,..em mgkin kalian dah boleh agak ape qhazi nak tulis..


    baru-baru ni ader kwn dtg mengadu perihal kwn yang tikam belakang. Macam-macam yang diceritakan pada Qhazi, tapi bg qhazi sndiri istilah kawan, sahabat, teman..mmg cukup istimewa.
    kawan, tempat berkongsi ssh, senang..kongsi cerita..kongsi mcm-mcm..kadang-kadang kita lebihkan kwn dr keluarga..kalo ikut psikologinye..mmg begitulah remaja,tapi bila tiba satu tahap dia pasti akan balik jugak pada keluarga tu..


    **************************************************************************************

    berbalik pada cerita kwn qhazi tadi,.mmg sakit bile kene tikam dari belakang ni..tambah lagi dari orang yang kita tak sangka, sian qhazi dgr cite die..ish..kawan die pun satu gak, kalo dah berkawan tu ce kawan elok-elok..teringat qhazi cite persahabatan Nabi Muhammad SAW dgn para sahabat baginda,.berjuang, berkorban demi sahabat..






    ************************************************************************************
    kenapa kita tak boleh jadi mcm tu jer..? ssh ke nak syg org? ssh ke nak jujur? ssh ker nak bantu orang lain..? n ssh ke kita nak setia pada kawan..?
    *************************************************************************************




    kadang pelik tgk manusia,..tak blh berdamai dan berbaik sesama kite,..knp yerk.. jom kawan kite fkr,.jase kwn kita,kite kenang segalanye,..tulis kesalahannye atas pasir n biarkan ombak membersihkan kesalahan tu dan pahatkan kebaikannye di hati agar mudah kite ingat,..








    p/s : tapi kalo jht sgt kwn kite tu rendam je dlm sungai..







    dr : kwnSiti