cntik menarik tertarik kau mmg de BoM..
Dec 18, 2009
Hari yang agak memenatkan bila bermula dari pagi sehinggalah ke petang berjalan pergi memenuhi undangan kenduri dan seterusnya mencari sedikit barang-barang keperluan yang wajib je,.yang sunat n yang fardhu kifayah tu tangguhkan dlu,.hehe.
Sementara menunggu sahabat-sahabat solat fardhu di sebuah pusat membeli belah,. terpandang aku akan seorang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 atau 5 tahun,. sedang memakai telekong dan terus menunaikan solat tanpa menanti si ibu,.melilau ku mencari si ibu,.si ibu hanya memandang perbuatan si anak sambil mendukung si adik yang masih kecik di pangkuannya,.uzur syarie barangkali,.aku menumpukan pandangan pada si anak tadi,.ingin aku menyemak rukun solatnya,.erm,.tiada yang kurang, secara kasarnya lengkap,walau aku tidak berupaya mendengar butir bacaannya..sejurus selepas solat dia kembali pada si ibu untuk memohon bantuan bagi melipatkan kain sembahyangnya,.aku masih lagi mencuri pandang. Tertarik hatiku,.anak yang sebegitu kecik sudah tahu mengenal sejadah dan kiblat..seketika sahaja mereka berlalu dan membiarkan aku mencari sendiri ikhtibar disebalik lakonan drama sebabak ciptaan tuan empunya dunia tadi.
p/s:Mungkin kalian juga berminat untuk memikirkan dan merenungkan perkara tersurat tadi..
by:tukang sapu mydin
subhanallah..semoga kita berjaya mendidik anak2 kita lebih baik dari itu nnt..insyaAllah