Dec 25, 2009
TaJuk
Buku's
|
Tajuk: Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul
Penulis : Fatimah Syarha Mohd Nordin
Harga : RM12.00
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Ni la buku yang baru qhazi khatamkan,.sangat menarik,dan sesuai dijadikan panduan kehidupan bg muslimat sekalian. Erti sebuah kehidupan yang dijaga rapi berlandaskan syariat Allah swt. Pegangan yang teguh pada iman dan prinsip kehidupan akhirnya memberi kenikmatan yang bermakna dalam alam bahgia. Nak tahu secara detail dan kalau nak kutip segala pengajaran dari buku ni, sila dptkannya (sy tak dibyr untuk promosi ni hehe),..barang bagus kita mesti war-warkan..hehep/s: slama ni qhazi jua pegang pada prinsip sepertinya,tapi tak sekuat dia,.namun setelah membacanya,.keyakinan dan kekuatan mula menebal,.no cinta sebelum kawin k,. jauhi zina hati..ikut syariat tu lbh baik,.
TaJuk
Ilmiah
|
Kesan Zikir Terhadap OTAK
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
dipetik dari :
www.halaqah.net
Dec 22, 2009
TaJuk
pErsenel
|
Kate orang hidup ibarat roda..btl ke? Betul la tu,.adakala kita diatas dengan kebahagiaan dan adakala kita dibawah dengan kedukaan,.tak kira dimanapun posisi kita,kita tetap hamba kepada tuan empunya dunia..Tapi sepanjang arus perjalanan hidup kita ni,.sepanjang usia kita ni adakah benar-benar bermakna buat kita? Pernah tak korang terfikir berapa banyak masa yang dah terbuang dengan sia-sia..qhazi tak bercakap tentang orang lain,.tapi qhazi bercakap bagi pihak diri sendiri,.tanpa sedar bertahun lamanya dah terbuang,tanpa makna. Dan apa makna kehidupan yang bermakna buat korang..?(brape byk makne da..)Kehidupan yang bermakna bagi qhazi ialah bila qhazi benar-benar dapat menjadi hamba kepada tuan empunya dia..Merasa diri sebagai hamba,.rase terhina.
Jadi arus kehidupan yang berlalu ni adakah memberi erti pada kita,.sebagai seorang hamba,khalifah,suami,isteri,anak,kawan,jiran dan adik beradik kepada seseorang? Hari semakin laju meninggalkan kita,.usia makin meningkat,namun tiada erti terlewat untuk kita sama-sama berubah agar kehidupan hari esok lebih bererti.
p/s: masa umpama ais,.kalo btl gunakan ais,.bergunalah ia..(ais buh dalam bandong,.sedap, tapi ais kalo tak pandai guna,letak atas meja,.cair so same la mcm mase yang berlalu..kan..kan?)
by:airBATUcampur
Dec 20, 2009
TaJuk
Buku's
|
Qhazi nak share sesuatu,..sementara ada masa kosong ni qhazi isi dengan membaca (konon2 rajin r) so saje nak share isinye dengan sahabat sume..bak kate dek sue,.sharing is caring hehe..sinopsisnya senang je,.kaedah untuk kita memotivasikan diri,knp kita perlu memotivasikan diri,.ciri-ciri orang berjaya,.bak kata penulis yang berjaya tak semestinya kaya raya dan ternama..Ambik sikit dari Dr.Bob Montgomery dalam bukunya The Truth About Success And Motivation ada beberapa pedoman untuk mencapai kejayaan,.dan qhazi ringkaskan
1.Jangan bersaing dengan orang lain.
2.Menang la dengan cara membiarkan orang lain turut menang bersama anda.
3.Buat matlamat yang munasabah (jgn merapu,tetiba nk jadi superman lak)
4.Ukur kejayaan dengan mengunakan ukuran dalaman yang sesuai dgn diri.
5.Rancang satu kehidupan yang seimbang.
Untuk selanjutnya korang cari la buku ni,.isi dia best untuk kita terus move dlm hdp ni.
by:cleaner libry
Dec 18, 2009
|
Hari yang agak memenatkan bila bermula dari pagi sehinggalah ke petang berjalan pergi memenuhi undangan kenduri dan seterusnya mencari sedikit barang-barang keperluan yang wajib je,.yang sunat n yang fardhu kifayah tu tangguhkan dlu,.hehe.
Sementara menunggu sahabat-sahabat solat fardhu di sebuah pusat membeli belah,. terpandang aku akan seorang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 atau 5 tahun,. sedang memakai telekong dan terus menunaikan solat tanpa menanti si ibu,.melilau ku mencari si ibu,.si ibu hanya memandang perbuatan si anak sambil mendukung si adik yang masih kecik di pangkuannya,.uzur syarie barangkali,.aku menumpukan pandangan pada si anak tadi,.ingin aku menyemak rukun solatnya,.erm,.tiada yang kurang, secara kasarnya lengkap,walau aku tidak berupaya mendengar butir bacaannya..sejurus selepas solat dia kembali pada si ibu untuk memohon bantuan bagi melipatkan kain sembahyangnya,.aku masih lagi mencuri pandang. Tertarik hatiku,.anak yang sebegitu kecik sudah tahu mengenal sejadah dan kiblat..seketika sahaja mereka berlalu dan membiarkan aku mencari sendiri ikhtibar disebalik lakonan drama sebabak ciptaan tuan empunya dunia tadi.
p/s:Mungkin kalian juga berminat untuk memikirkan dan merenungkan perkara tersurat tadi..
by:tukang sapu mydin
Dec 17, 2009
TaJuk
u life
|
sem ni sem terakhir untuk tahun dua,.dgn pointer yang tak berapa memuaskan sem lps, usaha perlu ditingkatkan walau apa cara sekalipun,.lagipun subjek makin berat, kerja lapangan makin banyak,.kene g kem la, pusat serenti la..macam-macam..nmpaknya makin rendah la aku sebab memikul sunjek yang makin berat ni hehe,..alasan..!
azam sem ni,..
~sikitkan kacau orang dalam kelas
~taknak nakal
~naikkan pointer
~menjalankan kempen penjimatan berganda ptptn hehe.
hehe,.kurangkan kenakalan tingkatkan prestasi hehe,walau apa pun segalanya bermula dan berakhir dgn doa korang jugakkan,..so doakan yang terbaik n yang baik-baik k.
by:budakbaik~konon~
TaJuk
u life
|
erm..berlaku satu pencerobohan dibilik hostel semasa cuti semester yang lalu..habis loker dan meja stady digeledah sesuka hati..namun allah masih sayangkan aku,.tiada barang yang hilang,cuma kesabaranku teruji bila terpaksa mengemas balik barang-barang yang disepahkannya. Pada aku yang berlalu,biarkan berlalu yang penting hari-hari baru yang bakal ku lalui.
persoalannya kini..adakah bilik ini masih selamat untuk diduduki..? yuran masih tetap dipotong,sedangkan keselamatan diri dan barang kami masih diragukan...adakah perlu kami mengusung latop dan barang berharga kami setiap saat..? terjaminkah nyawa dan harga diri kami..? mungkin terlalu jauh apa yang ku fikirkan..tapi apa langkah keselamatan or langkah pencegahan yang diambil oleh pihak u,setelah pencerobohan itu berlaku..? bukan satu malah 3 kes pecah masuk dan kecurian berlaku sepanjang cuti semester ni..taniah kepada pencuri yang berjaya,.dan takziah kepada aku yang telah teraniaya,.untuk pihak keselamatan..fikir-fikirkanlah tntg tgjawab anda,..dan untuk pihak u..aku taktau nak kata apa..