• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • My student

    Jun 20, 2009

    Kehidupan ni mmg tak seindah yang diimpikan,.tapi bg orang islam ini takdir kita yang kita patut dan mesti terima seadanya,.dan ada juga takdir yang kita blh ubah dengan usaha..petang tadi, mak kate lampu motor yamaha tu terbakar,.dan kebetulan qhazi pun nak kluar so g la tlg btlkan lampu tu sekali,..mungkin ada yang kate, ni keje anak llk,...tapi dlm rmh kami,..tak kira jantina,..sama-sama kene buat,tak kire la memasak,basuh kain, btlkn motor, btukang pun kene buat jgk..ermm..berbalik pada cerita tadi,.tibalah qhazi di kedai motor yang berkenaan..n kebetulan orang yang nak btlkan lampu tu my exstudent dlu,.zaman qhazi jadi guru ganti setahun yang lalu, sebelum qhazi menyambung pengajian..mase tu dia tingkatan empat dan sekarang dah tingkatan lima,.sambil dia btlkan lampu tu,qhazi tanye la..lps spm dia nak buat aper?

    Dia jawab, dia nak stay keje dekat bengkel motor tu,..ermm? bg qhazi kemahiran yang dia ada perlu dikembangkan agar dia boleh jadi lebih dari seorang pembantu mekanik,.n qhazi pun srh la mohon mn-mn institut kemahiran, dia jwb dia tak mampu nak belajar lg.mungkin dia jemu..lgpun katenye dkt institut tu nnt diorg akan menumpukan pada teori berbanding praktikal sedangkan praktikal dalam kemahiran lbh pntg,..emm pandai pulak budak menjawab,.lgpun katenye keluarga dia susah,.so payah la nak hantar dia sambung bljr lg,..dan yang paling qhazi terkejut dia hanya mengharapkan dia akan memprolehi E sahaja untuk bahasa melayu dalam spm nnt..

    Mak eh,..!! selamber giler budak ni,..dia nak sijil jer??? Membazir sekolah bertahun-tahun..qhazi pun jelaskan pada dia, bhw ada institusi yang blh memberi elaun pada pelajarnya beserta penginapan dan makan seharian..pasal keluarga tu,. Qhazi bgtau dia bhw dgn elaun yang dia ada nnt, dia blh tampung kos perbelanjaan diri,..dia tunduk dan jawab,. ”ada orang kene bagi tau saya,..bru saya tau..” erm...kurang maklumat rupenye budak ni..qhazi bagi jln pada dia,.. dia lulus je spm nnt terus mohon untuk ambik diploma atau sijil,..rasenye blh..lps tu qhazi tambah lagi dengan mintak dia membuka bengkel sendiri dengan wang pinjaman dari bank,.mungkin dgn bengkel yang kecil dlu,.jadi bos..!! pegang duit sendiri,.tanggung keluarga,.hidup mewah,..

    dia terdiam,..mungkin memikirkan sesuatu,..pelik dia tak menjawab sepatah pun,..

    qhazi teruskan lg,..qhazi bgtau dia,.dlm dunia ni tak semua orang yang dilahirkan untuk jadi kaya..ada yang dilahirkan sebagai orang biasa, tapi kita saling bergantungan diantara satu sama lain,.kalo semua nak jadi perdana menteri,.sape lak nak jadi pemandu perdana menteri,.kalo takde pemandu perdana menteri mcm mn dia nak pergi pejabat untuk uruskan negara..tapi kita nak jadi pemandu yang mampu tanggung keluarga,.pemandu yang ada pelajaran,.pemandu yang ada wawasan,. Pemendu yang memandu ke arah kemajuan sesebuah negara,..

    tak lame lps tu lampu motor pun siap..qhazi bayar pada tauke dia dan berlalu mcm tu jer..qhazi pulang dengan satu harapan agar apa yg qhazi ckp tadi, mmbuka mata hati dia,..dan semoga dia di kurniakan dgn hidayah Allah swt,..krn dia bkn muslim..


    ~bahasa ni dah qhazi tukar sikit sebab, b.m yang dia gunakan tak berapa sempurna~

    bY:your teacher

    0 kOmEn SahabAt: