• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • BLOB TREE

    Mar 10, 2011

    Rasenya tak pernah lagi qhazi post entry yang berkaitan dengan bidang qhazi,.(kaunseling) so hari ni mungkin ada sedikit perkongsian ilmu yang baru je qhazi dapat,.jadi sekiranya ada tersilap tersalah sila tolong betulkan agar qhazi tak terus salah..mungkin ada pakar-pakar disini yang terbaca blog qhazi ni,.
    Hatta,.bermulakan kisah BLOB TREE,. Dalam teknik kaunseling,.banyak cara kita boleh gunakan untuk tujuan meneroka klien, tak kisahlah penerokaan dalam sesi individu mahupun kelompok,.dua-dua memerlukan kemahiran dan daya kretiviti kaunselor. Macam kita belajar menari, mula-mula kita ikut step yang diajar,.lama-lama kita menari ikut rentak lagu tapi masih dalam tema tarian yang sama macam awal tadi..mcm tu jgk dgn teknik kaunseling,.tak terikat dengan mana-mana kemahiran cuma yang penting faham teori asal.

    Salah satu cara yang qhazi baru belajar ialah menggunakan gambar BLOB TREE. Gambar ni dapat ekspres emosi klien kita sebenarnya.. Kaunselor akan tunjukkan gambar tadi kepada ahli kelompok dlm sesi,.minta ahli memilih kedudukan yang signifikan pada diri mereka. Dengan kedudukan yang dipilih,.ahli diminta untuk berkongsi perkara yang yang juga signifikan pada dirinya,.secara tidak langsung kaunselor telah meneroka ahli atau klien tadi,.so takde la boring dengan sesi macam biase je..guna bahan sikit baru best,.apepun kene praktis,..kpd yang bukan kaunselor tu sila berjumpa dengan kaunselor berhampiran anda kawan-kawan dan mintak dia gunakan BLOB TREE sebagai bahan dalam sesi, mesti sesi lebih menarik..Selamat mencuba(macam rancangan masak pulak)





    korang jangan guna blob tree berwarna tau,.lbh baik guna yang black n white coz warna memberi nilai lain pada klien,.(qhazi letak yang berwarna cz nk cantikkan blog je ngee~~)



    p/s:qhazi pun tak terer nk ajar orang ngeee~~

    1 kOmEn SahabAt:

    1. Qhazi said...:

      Alhamdulillah,.orang dah berjaya guna dalam sesi minggu lepas..
      klien pun semua puas hati,.syukur..