• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Motivasi or Motibasi..?

    Jul 28, 2011
    Sesungguhnya melakukan sesuatu perkara itu tanpa niat kerana Allah, maka sia-sialah pekerjaan tersebut.. Saya bekerja kerana Allah,..makan kerana Allah,..Minum kerana Allah,..
    Sampai ada seorang sahabat bertanya kepada Qhazi,..boleh atau tidak kita jamak saja niat tersebut,..? jeng jeng jeng.. Segala perbuatanku hari ini semata-mata kerana Allah Swt..lalu qhazi pun menjawab,..
    Bolehkah anda minum secara jamak...? minum 30 liter air sekali untuk 10 hari...boleh..?
    Tertawa la kami bila membayangkan keadaan kami jika diberi minum 30 liter air sekaligus...hehe pecah perut..

    Sesetengah orang menjadikan sesuatu itu sebagai motivasi mereka,..contohnya gaji yang dibayar mengikut prestasi,..jika cemerlang kerjanya,maka tinggilah gaji...seseorang itu akan menjadikan gaji sebagai bahan pembakar semangat (motivasi) untuk bekerja...
    lebih indah jika,..aku bekerja bersungguh2 kerana Allah,..hatta telah diingatkan bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seratus tahun lagi dan beribadahlah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari....
    Pakej ganjaran yang Allah sediakan ialah keredhaan, pahala dan gaji seperti yang kita kehendaki.. pakej 3 in 1...lengkap..dan hebat, bukan...?

    Kita selalu memandang mudah perkara yang berlaku dalam rutin,..tetapi jika kita lihat perkara yang kita anggap remeh ini akan dapat membantu kita di sana kelak..tatkala timbangan masih lagi setara,.dan pada masa inilah perkara kecil akan menjadi penting dan besar...

    Peringat untuk diri sebenarnya,...tapi mungkin juga sesuai untuk kawan-kawan jugak..kerana antara kita ada sesuatu.....

    by:cik nur nawaitu..

    Sistem pengredan

    Jul 15, 2011
    Pelajar sekarang dah biasa didik dengan sistem pengredan..Si Cemerlang dapat A, Si Baik dapat B, Si Sederhana dapat C, dan Si Lemah dan yang lain dapat la D,E,F dan seterusnya...

    Sepanjang qhazi berkhidmat sebagai guru,.qhazi jarang memberi gred pada mereka,.hatta yang salah pun qhazi agak sukar untuk memangkah,.qhazi lebih suka memanggil pelajar tersebut untuk memberitahu bahawa jawapan tersebut tidak sesuai untuk soalan yang diberi..Pelajar ini biasanya akan membaca dan tersengih bila sedar kesilapan jawapan mereka, lalu....
    "Kejap cikgu, kejap...saya padam balik,nanti saya hantar..hehe.." sambil tersengih menayangkan sebaris gigi..

    Jawapan qhazi biasanya ringkas..
    "emm....Ok.."

    Corak didikan ini telah ditanam dalam2 hati dan pemikiran mereka..mereka lebih selesa diberi gred c atau d dari tidak diberi langsung...
    Qhazi kurang mengamalkan sistem pengredan ini kecuali atas arahan atau peperiksaan, yang dimana perkara tersebut telah ditetapkan..qhazi akur..
    Bagi qhazi anak-anak ini perlu diletak sama taraf..walaupun daya pemikiran mereka berbeza..Qhazi tetap memberi  pujian  "Bagus!" di penghujung buku mereka, walaupun berkali-kali mereka salah dan berjaya membetulkannya..Hebat anak-anak ini, cepat belajar dari kesilapan..

    Qhaz sendiri kadangkala lambat belajar dari kesilapan,..berkali-kali mengulangi kesilapan yang sama.. mungkin qhazi juga anak murid yang pernah diasuh dengan sistem pengredan.."aku selalu dapat c, jadi aku akan kekal begitu...hehe"  atau "syukur.."ini bkn ungkapan lisan atau hati,.tapi ini ungkapan tingkahlaku kita..

    by: si cantik