• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • entah

    Aug 28, 2009


    keletihan..yg terkadang tak dpt nk dgambarkan dgn kata-kata..akukah yg terlalu lembik dlm berdayung ditgh lautan yg bertepi..atau mmg itu hakikatnya kini. Bukan aku mengeluh atas pengibadatanku sepnjg ramadhan ini ya Allah..dan jauh sekali untuk aku merunggut untuk segalanya,sesungguhnya aku tidak layak..hatta segalanya berpunca dr diri sendiri..lambakkan kerja yang terpaksa diuruskan,.kepayahan stiap kerja yang turut memberatkan sehabagian dari otak..dan tahap keupayaan fizikal telah ku lampaui..sehingga waktu beradu jua ku tolak ketepi..
    harus ku tukar pemikiranku,..patutku tolak segala lelahku ke lautan api, agar dapat terbakar dan membaranya semangat yang mengiringi aku bersampan..aku manusia yg dciptakan oleh allah sebagai yg dapat menyembahnya,.yg dapat mengimbangi duniawi dan ukhrawi..akan ku dayung sekuat hati..akan ku imbang sampanku..semoga aku sampai ke destinasi Mu,.di lautan tak bertepi..





    p/s aku penat



    by: kueh sampan.

    tag

    Aug 25, 2009
    tag ni en.pujaan yg kasi..so dgn baiknya qhazi selesaikan la tag ni,lagi pun mcm senang je..





    1) Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye begitu..


    okey??



    2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan..


    orait..


    3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...



    yallah!! (:



    4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..

    insyaAllah...

    10 org yg terpilih tuk terime tag nie:

    1) korang
    2) korang
    3) korang
    4) korang
    5) korang
    6) korang
    7) korang
    8) korang
    9) korang
    10) korang


    .................sekian,harap maklum......................

    kelebihan ramadhan

    Aug 24, 2009
    KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

    Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

    1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

    "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

    Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

    2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

    "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

    Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

    3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

    "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

    Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

    4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

    "Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

    Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

    Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

    5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

    "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

    Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

    Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

    wallahua'lam

    Dendang ank rantau..


    baru je lps bersahur dgn lauk yg ape-ape jer hehe...rahsia cz secret resepe. now dah masuk hari ketiga dalam bulan ramadhan..berpuasa ditempat orang ni mcm kekok sikit, yer la tak sama mcm kat rumah. actly dah tahun kedua qhazi berpuasa ditempat orang..sgalanya ok, tapi ape yang qhazi nk ckp ni bkn tntg bsahur or tntg bbuka kat tempat orang,.juz nk bgtau ape yg jadi 2 hari lps masa onthewy balik tganu huhu,mmg uji kesabaran anak rantau ni. Hari ptama pose qhazi dapat la bersahur kat rumah dgn fmly, tapi alkisahnya waktu berbuka tak sempat la nak di sambut bersama hehe tak sdih sgt hal tu cz dah biase. kol 5 bertolak dari bagan datoh n sampai kampar dalam 6.45 mcm tu n abg ngah lak nk singgah kfc, so singgah la jap. ontheway ke ipoh kitorang bbke dlm kete jer,.berbekalkan nasi n lauk yg mak bagi tadi hehe,..lauk yg best a.k.a ketam hehe..
    n alkisahnye hbs la 2 3 eko ketam aritu,.so kitorang terus je g stesen bas n solat jap..magrib n isyak..menyakitkan ati bila penerbangan yg sepatutnye bertolak pada 8.45 di tangguh sampai 1 tempoh mase y dbgtau kemudian..tahap ketensenan mula meningkat..angah yang tgu pun turun merasai ketensenan tersebut,berkerut dahi org tua tu kene tgu lame hehe..n dalam jam 10 baru penerbangan dibenarkan,.maka alkisahnya bertolaklah qhazi n kuncu2nye hehe..then tgk2 dapat duk blkg sekali..makin terasa bahang ketensenan, tapi semperne bulan baik ni qhazi ikut jer la..
    sempat la sakit2 badan akibat dr terhentak lopak n sebagainye..redha je.. n bas tu ader la bhenti 2 kali sebelum dia bhenti dgn lamenye kat chenor..nk bersahur kate pakcik bas tu..dalam kol 3 pagi,.qhazi n the geng pun bersahur la dgn bekal yang dah dibawa.. n kembali ke bas yg ditutup ekonnye..dah tau org ader kat dlm bas tu np lak ditutup,..qhazi mcm tak phm..n berpeluh2 la sementara tgu pakcik tu bersahur dgn lamenye.. penerbangan yg sepatutnye sampai kol 5 pagi,..kini dah jadi 6.30 maka bergegas la qhazi cari pakcik teksi lak..tak nmpak jugak yg ader kete sewe,..kete sewe pun bedal gak la..dlm kete tu pakcik tu kate,..naik teksi pun same je dik,.org teksi tu bkn ikut meter..ikut suke jugak ambik tambang..dlm hati qhazi kate,.mungkin jugak,so mcm tak kisah gak la..then bile ditanye berapa tambang pakcik ambik, dgn selambe dia kate rm30.oo,...maka tepuk la dahi,cz teksi ambik 20-25 je..yg org tua sental sampai 30..mmg nasib la labu..mls nk cite pnjg so bia jer la...nasib baik 5 org so murah sikit la...maka pakcik wira,.qhazi begitu serik nak naik kete pakcik lg..n sampai u terus je slt subuh. siap2 g kelas.. bdn ni toksah ckp la..mmg sakit2 dibuatnye..g jugak la..semangat ni..2 kls je pun..then bila mlm tu tido mmg tak ingt dunia,..nasib la alarm bebudak bilik ni mcm2 bunyi, so terjage gak la dlm 4.45 hehe n bersahur dgn penuh kesopanan n terus je tulis entry ni...




    p/s : pakcik wira,..siap kau hehe



    by: ank dagang

    ops....

    Aug 10, 2009
    Balik kg lg,..hehe
    hari khamis ni qhazi nak balik kg, cuti tgh sem..seminggu jer tapi kalo Timbalan Naib Canselor a.k.a TNC baca blog ni bagi la cuti lbh sikit cz kitaorg blm ambik cuti H1N1 lg tau..sekurang2nye tambah lagi seminggu, baru adil dgn U lain hehe..aper pun dpt gak la rehatkn otak kejap,.entah la sem ni rase brt sgt..padahal krdt sikit dari sem lps..semoga tuan empunya dunia permudahkan semua urusan qhazi,.oh yer,..qhazi la ni dah jadi biznes umen hehe..kpd sape2 yang nak dapatkan produk 4life blh la email or tinggalkan pesan kat blog ni k...promot beb..hehe
    so sepjg qhazi balik kg korg tolong la yerk bersihkan sawang kat blog ni, seminggu tu cukup untuk labah2 perluaskan rmhnye hehe...


    p/s: mak abh org nak balik ni huhu...


    by:bsnz umen bjaya

    Syaaban

    Aug 9, 2009

    Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

    Keutamaan Bulan Syaaban

    Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :

    "Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas ebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

    Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.

    Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya :

    "Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

    Amalan-amalan di bulan Syaaban

    Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

    1. Memperbanyakkan puasa sunat

    Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

    "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

    2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

    Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

    3. Bertaubat

    Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

    Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

    Malam Nisfu Syaaban

    Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

    Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.

    Doa Malam Nisfu Syaaban.


    Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya :
    "Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz."



    p?s : kalo ader kesalahan fakta tlg btlkan yerk..tkt gak bg slh fkta..

    penat la pulak..

    Aug 8, 2009
    sem yang agak meletihkan,..ramai org kate kos qhazi la yang paling relax,..ermm qhazi akui sume tu,..tapi untuk pengetahuan sume sem ni agak berat jugak walaupun jumlah krdt sikit jer, taktau la knp..mungkin sbb subjek yang makin berat kot..or mungkin jadual sem ni tak seimbang kot,.so agak memenatkan la..n buat sekian kalinya qhazi ader beberapa matlamat yang qhazi perlu capai,.tapi tak blh share dgn korang yerk..sory! hehe..biar la rahsia bak kate cik ct nurhlza..

    apa yang penting skrg,....? bkn kejesama tapi qhazi nak sikit ruang untuk rest..nk rht jap blh tak..? pnt sgt rase, keje n stdy tak byk mn pun tapi tah aper la yg rase pnt sgt...mcm keje pikul batu.. kalo ngadu kat mak, mak mesti kate

    " meh tukar tempat dgn mak,.hang g sapu sampah kat sek tu, biar mak blajr, bia hang tau mcm mn.."

    ermm...ape pun hdp msti dteruskan...

    tangis pnawar duka




    p/s : usaha tangga bas hehe



    by: tukang simen

    uncle Pig

    Aug 3, 2009


    Kalo kita baca paper la ni sume orang sibuk perkatakan soal selseme uncle pig,.kat univsiti qhazi sndr pun berlambak dah student kene kuarantin,tapi pihak u blm lg nak tutup coz kes yang sebenarnya belum lagi cecah 10 kes, juz yang disyaki jer ramai giler,.apa pendapat korang tntg selseme uncle pig,..? ader kwn qhazi virus ni saje2 dbuat2 jer, supaya nnt ader golongan yang untung,.em,pada qhazi sendiri ni sume adelah signal dari Allah swt pada kita,.
    cube kita fikir sendiri..bg yang dah kene kuarantin tu agak-agak la,.jgn la gatal2 kuar nnt anda menyebarkan wabak pada ramai org k..n sepadan dgn sabda Nabi saw :-

    Nabi s.a.w :-

    إذا سمعتم بالوباء بأرض فلا تقدموا عليه ، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه

    Ertinya : Apabila kamu mendengar terdapat wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula berada di sana, janganlah kamu keluar dari kawasan tersebut untuk melarikan diri. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

    sUbjeK BaRu

    Aug 2, 2009


    subjek baru dalam diari pembelajaran qhazi sepanjang qhazi bergelar pelajar ialah bahasa arab,.hehe atas dasar kesedaran qhazi pun ambik la, kene sedar diri jugak coz jahil gak dgn ilmu allah ni,.so minggu pertama ni rase lintang pukang jugak la,.maklum la tak paham pun,..tapi insyaalah segalanya akan berjalan lancar atas sokongan korang n keberkatan dari tuan empunya dunia..





    p/s: ya allah terangkan hatiku.


    by: murid nakal