Sila jangan baca..!!
Jiwa kacau sejak dua menjak ni..tu yang malas nak duduk sorang-sorang..Jadi sekarang aku tengah duduk secara berjemaah disudut tepi foyel,.tapi makcik tu tanpa hiraukan aku bz sapu sampah,kakak tu dari tadi layan fb dia,.(kalo aku curi asam pun dia tak sedar agaknye)..group chines tu selere giler makan meggi cawan,telinga lak dihambat dengan bunyi mesin pakcik tu cuci dataran sambil matahari membakar kulit beliau..sepatutnya aku takde kat sini hari ni,.coz arini aku takde kelas..tapi ape aku buat dekat sini,.?
ini la namenye jiwa kacau,.arini aku pakai t-shirt hijau dengan suar jean..tdung itam..kasut sandal hijau with stoking cklet sambil galas beg latop pemberian abang ngah..(kredit untuk ngah coz always bg barang berguna sambil mempunyai niat tersembunyi hehe) aku jarang begini,.kalo begini pun hanya dari dalam..jarang kwn-kwn or korang sendiri dapat kesan aku dalam keadaan begini.kalo aku tak bagi tau secara begini..mesti korang taktau yang aku sedang begini,.by the way,.keep smiling,.make a joke,.make them hapy with my words..(jgn btlkn grmmr aku)
Adakah aku sedang buang masa..? sedangkan keje aku belambak menunggu..pada pendapat aku,aku tak membuang masa,.aku menaip entry ni sambil menunggu solution untuk latop aku yg bermasalah ni..disamping itu aku juga telah berjaya menjumpai beberapa bahan online yang boleh aku jadikan bahan rujukan untuk projek tahun akhir aku. Hatta dengan itu aku berpendapat bahawa aku tidaklah membuang masa.. Kepada mereka yang tak suka dengan entry ini sila abaikannya coz korang sedang baca blog aku, so sukati aku la nak tulis aper..lagi pun ce korang baca tajuk blog ni,.kontang kanting,..or dalam istilah saintifiknya terumbang ambing so segala entry dalam ni akan ditulis mengikut hati penulis blog iaitu aku.,
p/s:kpd korang yang rase tempat korang tu sesuai untuk jadi sample populasi kajian aku sila bgtau..sasaran golongan remaja sahaja,org tua taknak..!! keutamaan diberi pada kawasan luar bandar dan keistemewaan juga diberi buat orang yang sudi taja tempat penginapan kajian tu hehe..(gelak dengan muke serius).,
gelak dgn muke serius? xdpt byangkan~
btw,
jarang akak bahasakan diri 'aku' dlm entry~