• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Motivasi or Motibasi..?

    Jul 28, 2011
    Sesungguhnya melakukan sesuatu perkara itu tanpa niat kerana Allah, maka sia-sialah pekerjaan tersebut.. Saya bekerja kerana Allah,..makan kerana Allah,..Minum kerana Allah,..
    Sampai ada seorang sahabat bertanya kepada Qhazi,..boleh atau tidak kita jamak saja niat tersebut,..? jeng jeng jeng.. Segala perbuatanku hari ini semata-mata kerana Allah Swt..lalu qhazi pun menjawab,..
    Bolehkah anda minum secara jamak...? minum 30 liter air sekali untuk 10 hari...boleh..?
    Tertawa la kami bila membayangkan keadaan kami jika diberi minum 30 liter air sekaligus...hehe pecah perut..

    Sesetengah orang menjadikan sesuatu itu sebagai motivasi mereka,..contohnya gaji yang dibayar mengikut prestasi,..jika cemerlang kerjanya,maka tinggilah gaji...seseorang itu akan menjadikan gaji sebagai bahan pembakar semangat (motivasi) untuk bekerja...
    lebih indah jika,..aku bekerja bersungguh2 kerana Allah,..hatta telah diingatkan bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seratus tahun lagi dan beribadahlah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari....
    Pakej ganjaran yang Allah sediakan ialah keredhaan, pahala dan gaji seperti yang kita kehendaki.. pakej 3 in 1...lengkap..dan hebat, bukan...?

    Kita selalu memandang mudah perkara yang berlaku dalam rutin,..tetapi jika kita lihat perkara yang kita anggap remeh ini akan dapat membantu kita di sana kelak..tatkala timbangan masih lagi setara,.dan pada masa inilah perkara kecil akan menjadi penting dan besar...

    Peringat untuk diri sebenarnya,...tapi mungkin juga sesuai untuk kawan-kawan jugak..kerana antara kita ada sesuatu.....

    by:cik nur nawaitu..

    Sistem pengredan

    Jul 15, 2011
    Pelajar sekarang dah biasa didik dengan sistem pengredan..Si Cemerlang dapat A, Si Baik dapat B, Si Sederhana dapat C, dan Si Lemah dan yang lain dapat la D,E,F dan seterusnya...

    Sepanjang qhazi berkhidmat sebagai guru,.qhazi jarang memberi gred pada mereka,.hatta yang salah pun qhazi agak sukar untuk memangkah,.qhazi lebih suka memanggil pelajar tersebut untuk memberitahu bahawa jawapan tersebut tidak sesuai untuk soalan yang diberi..Pelajar ini biasanya akan membaca dan tersengih bila sedar kesilapan jawapan mereka, lalu....
    "Kejap cikgu, kejap...saya padam balik,nanti saya hantar..hehe.." sambil tersengih menayangkan sebaris gigi..

    Jawapan qhazi biasanya ringkas..
    "emm....Ok.."

    Corak didikan ini telah ditanam dalam2 hati dan pemikiran mereka..mereka lebih selesa diberi gred c atau d dari tidak diberi langsung...
    Qhazi kurang mengamalkan sistem pengredan ini kecuali atas arahan atau peperiksaan, yang dimana perkara tersebut telah ditetapkan..qhazi akur..
    Bagi qhazi anak-anak ini perlu diletak sama taraf..walaupun daya pemikiran mereka berbeza..Qhazi tetap memberi  pujian  "Bagus!" di penghujung buku mereka, walaupun berkali-kali mereka salah dan berjaya membetulkannya..Hebat anak-anak ini, cepat belajar dari kesilapan..

    Qhaz sendiri kadangkala lambat belajar dari kesilapan,..berkali-kali mengulangi kesilapan yang sama.. mungkin qhazi juga anak murid yang pernah diasuh dengan sistem pengredan.."aku selalu dapat c, jadi aku akan kekal begitu...hehe"  atau "syukur.."ini bkn ungkapan lisan atau hati,.tapi ini ungkapan tingkahlaku kita..

    by: si cantik

    Cerita Mereka

    Jun 12, 2011

    Ini bukan kisah qhazi,..tapi mengutip cerita dari pandangan mata yang sebahagiannya dah

    kabur..Manusia dikurniakan cinta,..Dijadikan Hawa sebagai peneman Adam,..Yusuf dan Zulaikha,

    Muhammad dan Khadijah,..Kesetiaan kadangkala menjadi bahan penguji yang paling hebat,.


    Baru-baru ini qhazi banyak terserempak dengan pasangan yang lama menjalin kasih tapi dihujung

    usia baru cinta mereka menjadi satu..Saat umur dah menjangkau kilauan emas,.. tatkala itu baru cinta

    mereka menjadi kenyataan..Cinta yang dulunya terhalang dek kerana salah seorangnya berkahwin

    dengan orang lain,.dan kekasih tadi sedia menunggu pasangannya...dan saat si isteri atau suami bagi

    pasanagan kekasih tadi meninggal,. cinta mereka bersatu,.kembali mengenang kisah lama,.Ada yang

    sempat menjalin cinta seminggu ekoran tempoh hayat yang kian singkat,.ada yang

    2tahun,.5tahun,.bergantung pada janji kita untuk kembali pada Allah..Hebat cinta mereka

    bukan..Komen anda..?

    by:pemerhati cinta

    Kembali

    May 3, 2011
    Ini kampung saya,.kampung saya cantik,dikampung saya ada pokok kelapa. Saya sayang kampung saya dan keluarga saya.


    Diumumkan kepada seluruh rakyat jelata. Qhazi akan pulang ke kampung halaman yang tercinta. Diminta seluruh rakyat jelata untuk membuat persiapan yang sewajarnya kerana hamba akan sampai pada hari sabtu, insyaallah..
    Ayahda dan bonda diharap dapat bersabar kerana anakda akan berusaha menghabiskan beres di teratak kita selama empat bulan.. kekanda tercinta sila tinggalkan kereta untuk adinda mu mencuci mata ke serata ceruk negara..kpd adinda bongsu ku, kau mesti merindui aku latopku ini hehe...dah akak sediakan cerita untuk mu huhu..
    rakyat jelata jangan lupa mainkan kompang dan segala jenis alat muzik berirama kotemporari untuk menyambut kepulangan ku nanti,..hehe




    tq untuk cik google yang cari gmbr kg halaman hamba yang cun ni,.n kredit sgt2 pada mr.lokman tuan punya gambar ni..


    Disamping itu, libry universiti diibu kota (um,upm n ukm) sila tunggu ketibaan hamba kerana research harus diteruskan walaupun cuti..huhu

    by:ank abah

    Loneliness (Life without close relationship)

    Apr 23, 2011
    Loneliness
    An induvidual's emotional and cognitive reaction to having fewer and less satisfying relationship than he or she desires (Archibald, Bartholomew & Marx,1995)

    In contrast, those people who simply do not want friend do not experience loneliness

    The consequences of being lonely:
    -Depression
    -Anxiety
    -Unhappy
    -Dissatisfaction
    -Self blame
    -Shyness
    (lead to physical illness)


    Why are some people lonely?
    -Genetic Determinant
    -Mother Child Interactions
    -Social Learning Experience

    Reducing Loneliness
    - Cognitive Therapy
    (To disrupt the pattern of negativity and to encourage new thought, perception, and expectation about social interaction)

    -Social Skill Training
    (the lonely person is provided with example of socially appropriate behavior on videotape and then given the opportinuty to copy the observed behavior in role play)




    by: miss hapynesss...huhu

    Muntah nota kini kembali...

    Apr 17, 2011
    Salam Exam Salam Imtihan Salam Peperiksaan or Penyeksaan?
    Demam exam kembali buat diriku si qhazi,
    adeh,..pedih,...e...geli dengan belaian si nota setiap hari..
    Paper belum bermula ink sebatang pen merah kini kering dihirup rakus oleh kertas yang bertaring,..
    Si mata yang paling terseksa,.ditahan dengan paksa,.
    Otak mula berlari selaju ferari,..berlari mengejar masa yang tak menanti,..
    aduh, otak terjatuh,.bengong seketika, terlanggar dek batu paksaan yang mendesak..
    Badan menunjukkan tanda-tanda memberontak dipaksa berfungsi semaksimum mungkin,.
    dan,..
    Sabar la wahai perut kerana kau terlebih muatan tatkala ini,..si qhazi tersengih lagi,..kebingungan..
    Si mata sekali lagi terseksa berada di tengah-tengah kawasan orang bercinta,.
    adeh...!!! si qhazi tengah stdy ape lak yang si mata tengok tu,..si couple tu buat drama romantis lak,..
    kate si hati,.." mereka suami isteri" sekali lagi si qhazi tewas dan si mulut diam tanpa bicara...
    si tangan menyambung tarian pen merah,si otak kembali bangun berlari selaju dan lebih laju dari ferari....



    Sudah-sudah jangan mengarut,..
    ok sume qhazi nak sambung stdy...
    doakan qhazi
    berjaya dunia dan akhirat k..
    moga exam ni dipermudahkan...


    by:pengawas peperiksaan eh...silap, penyeksaan..hehe

    Pitam

    Mar 28, 2011
    Kenapa qhazi dah lame tak post anything kat blog ni...bkn malas tapi kekangan masa,.now bz gile dengan projek..yang bertajuk hubungan personaliti warna dan minat kerjaya dikalangan pelajar SMKA.. So kene buat research sikit,reading alot,.writing,.. n paling pitam kene masukkan data research dalam spss..orang jingga macam qhazi ni kalo disuruh duduk lame2...mmg susah la..so 2hari jugak la masukkan data, tu pun hanya 25 responden bagi semak kbolehpcyaan..tq bagi sekolah yang membenarkan qhazi mengunakan pelajarnya sebagai responden..so bila banyak keje,..mesti banyak tido dan banyak makan,..nawaitu nak kontrol makan pun terbatal,.hehe

    Amarah

    Mar 12, 2011

    Zaman dolu-dolu qhazi amat signifikan dengan sifat ni,tapi sejak usia kian meningkat

    remaja

    dewasa ni..dah tak larat nak marah-marah..n alhamdulillah..pandai sikit nak sabar sekarang (tengok tempat jugak ngeee~)

    ader sedikit peringatan untuk diri qhazi dan mungkin untuk kita,.ye..! k.i.t.a (awak dan saya)sebab saya pun sayang awak,.awakkan tengah baca blog saya..mesti la saya sayang,..n ni untuk k.i.t.a




    Keburukan amarah yang negatif digambarkan oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW dan para ulama' macam ni:

    ~Umar bin Al-Khattab berkata dalam khutbahnya: "amat beruntunglah orang yang terjaga dirinya daripada sifat tamak, hawa nafsu dan marah"

    ~Hasan berkata: Hai manusia, setiap kali engkau marah, engkau seperti melompat terjum kedalam api neraka.

    ~Ja'far Bin Muhammad berkata : "Marah itu adalah kunci semua keburukan"

    ~Sebahagian kaum Ansar berkata: " pokok pangkal penyebab lembapnya otak berfikir secara sihat adalah berkata tajam, maksudnya keras dan menyakitkan hati orang yang dituju kata-kata itu, sedang pemimpinnya adalah amarah. Sesiapa yang rela dengan kebodohan ia tidak memerlukan lagi sifat sabar, maksudnya walaupun dikatakan bodoh"
    (qhazi petik dari buku membentuk jati diri remaja by Arieff Saleh Rosman dan Wardah Mokhtar)



    nur: So ader sape-sape nak marah sekarang..?

    qhazi: ko cakap senang der,.ingat senang ke nk kawal marah..! #@%%4&#!

    nur: oo...ok jom kite tengok cara kawal marah..




    ~Mengingati Allah SWT dan Rasulullah SAW tidak suka orang yang marah secara melampau.

    ~Menyedari pahala besar bila kita sabar.

    ~Kalo rase nak marah time berdiri cuba duduk dan istifar dalam hati.

    ~Kalo darah dah naik ke muka, cuba diam..jangan cakap apa-apa dulu sampai darah tadi turun hehe..

    ~cuba pilih perkataan yang indah-indah je bila nak ,marah,...(mak selalu kate bertuah punya anak kan..?

    ~cara last,..blah je,..n jangan tengok muka orang tu,..nanti dah rela baru boleh slow talk.

    ~tambah lagi satu,.cuba bayangkan muka kita time marah..cantik? hensem? ke_______ (isi tempat kosong)kalo dah tau jawapan mesti tak jadi marah kan..ngee~




    P/s : adeh..! patut la selama ni susah nak dapat dekan, selalu marah rupanya,..hehe

    BLOB TREE

    Mar 10, 2011

    Rasenya tak pernah lagi qhazi post entry yang berkaitan dengan bidang qhazi,.(kaunseling) so hari ni mungkin ada sedikit perkongsian ilmu yang baru je qhazi dapat,.jadi sekiranya ada tersilap tersalah sila tolong betulkan agar qhazi tak terus salah..mungkin ada pakar-pakar disini yang terbaca blog qhazi ni,.
    Hatta,.bermulakan kisah BLOB TREE,. Dalam teknik kaunseling,.banyak cara kita boleh gunakan untuk tujuan meneroka klien, tak kisahlah penerokaan dalam sesi individu mahupun kelompok,.dua-dua memerlukan kemahiran dan daya kretiviti kaunselor. Macam kita belajar menari, mula-mula kita ikut step yang diajar,.lama-lama kita menari ikut rentak lagu tapi masih dalam tema tarian yang sama macam awal tadi..mcm tu jgk dgn teknik kaunseling,.tak terikat dengan mana-mana kemahiran cuma yang penting faham teori asal.

    Salah satu cara yang qhazi baru belajar ialah menggunakan gambar BLOB TREE. Gambar ni dapat ekspres emosi klien kita sebenarnya.. Kaunselor akan tunjukkan gambar tadi kepada ahli kelompok dlm sesi,.minta ahli memilih kedudukan yang signifikan pada diri mereka. Dengan kedudukan yang dipilih,.ahli diminta untuk berkongsi perkara yang yang juga signifikan pada dirinya,.secara tidak langsung kaunselor telah meneroka ahli atau klien tadi,.so takde la boring dengan sesi macam biase je..guna bahan sikit baru best,.apepun kene praktis,..kpd yang bukan kaunselor tu sila berjumpa dengan kaunselor berhampiran anda kawan-kawan dan mintak dia gunakan BLOB TREE sebagai bahan dalam sesi, mesti sesi lebih menarik..Selamat mencuba(macam rancangan masak pulak)





    korang jangan guna blob tree berwarna tau,.lbh baik guna yang black n white coz warna memberi nilai lain pada klien,.(qhazi letak yang berwarna cz nk cantikkan blog je ngee~~)



    p/s:qhazi pun tak terer nk ajar orang ngeee~~

    Perkembangan yang berkembang..

    Mar 9, 2011
    Lama tak pos entry,.so nak merepek sikit..2 3 ari lepas balik kampung jap, pakcik masuk icu,.hari jumaat kol 1 naik bas,.malam sampai k.l, pagi sabtu balik perak, terus g hospital, dan petang sabtu kol 6 terus naik bas balik terus terengganu,.sume bejalan lancar tanpa dirancang,.alhamdulillah..penat pun tak terasa sangat sebab dapat sesuatu yang dipaw dari abah..hehe yang penting nawaitu nak ziarah pakcik sampai,.

    NOW yang paling dasyat,.berat badan naik 2kg dari berat normal..(berat normal dirahsiakan)hehe..adeh,.dah tak boleh nak buat hobi kegemaran qhazi hehe,..makan makan n makan..so kene kontrol sikit yerk..nak kembali kepada berat asal..sebab takut tinggi tak dapat menampung berat(sila jangan tanye tinggi,isu sensatip..ngee~)
    sila tunggu qhazi bagitau penurunan berat badan yerk..hehe hope berjaya turun..




    p/s: makan sayur banyak(ehem-ehem),kurangkan pengambilan nasi (perut cap beras), bersenam (malas), tidur yang mencukupi (lebih biasenye) hehe..